Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 27, 2015

ORANG KUAT FELDA SOKONG PAS!!!???


SEBESAR-besar tajuk di Harakah Daily menyebut “Bekas CEO Koperasi FELDA Bantu Kempen PAS” dan ianya amat melucukan.

Terdetik dalam hati, selain menipu, apa lagi yang PAS pakar?

Pasal jawatan Datuk Sarchu Sawal pun PAS hendak tipu. Di Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 juga nama Sarchu diumumkan sebagai bekas “CEO Koperasi Permodalan FELDA Holding (KPF)”.


sarchu-rasuah

Bolehkah PAS bagitau warga peneroka FELDA di Parlimen Rompin ini, sejak bila Sarchu pegang jawatan CEO KPF ini?

Tahukah PAS perbezaan antara CEO KPF dengan CEO anak syarikat?

Untuk pengetahuan semua, Sarchu tidak pernah menjawat jawatan CEO KPF, satu jawatan yang sangat besar! Dalam erti kata lain CEO KPF jawatannya lebih besar dari CEO anak syarikat.

Bolehkah individu tidak beretika sebegini yang didakwa di mahkamah kerana pecah amanah dana sebanyak RM30 juta (kes masih berjalan) menjadi CEO KPF? Sarchu hanyalah CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) kepada anak syarikat KPF iaitu KPF Quality Foods Sdn Bhd.

Walau untuk satu saat pun, Sarchu tidak pernah memegang jawatan CEO Koperasi Permodalan FELDA Holding (KPF)!

Tertanya-tanya, apa motif Harakah mewar-warkan Sarchu sebagai CEO KPF? Adakah dengan meletakkan jawatan besar tersebut, maka peneroka-peneroka FELDA dalam Parlimen Rompin akan tertipu dan terpedaya lantas mempercayai segala apa yang diperkatakan?

Kalau begitu, penjaga tandas bangunan juga sudah boleh mengaku menjadi CEO syarikat! Bezanya, penjaga tandas tidak mampu untuk berada dalam laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dakwaan kes pecah amanah melibatkan dana RM30 juta!

PAS harus ingat… Warga FELDA dalam Parlimen Rompin dan seluruh negara tidak bodoh seperti yang disangka, peneroka FELDA bukanlah golongan yang mudah untuk ditipu dan diperalatkan!!

1 comment:

Anonymous said...

selamatkan felda.....daripada disakau oleh bekas pegawai khianat tersebut. tak malu, dah la pecah amanah hampir rm30 juta, cerita nak selamatkan felda. huhhh! nak muntah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa