Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 29, 2016

WAJIB BACA:JIKA BUKAN KAFIR HARBI, DAP JENIS KAFIR APA???




Sejak dahulu lagi DAP telah diminta agar jangan sesekali mencampuri hukum atau peraturan yang terdapat didalam agama lain terutama Agama Islam. Tetapi DAP adalah dianggotai  oleh mereka yang degil dan cuba menunjukkan bahawa mereka tahu segala-galanya

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh  Lim Kit Siang dimana mengatakan “Adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” – Ternyata bahawa Lim Kit Siang sedang  mewujudkan persepsi terhadap peraturan dan hukum yang terdapat didalam Agama Islam.

Apabila hukum dan peraturan yang dikeluarkan sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa bahayanya  kafir harbi dalam kehidupan, secara sepontan si Lim Kit Siang terus melompat dan melabelkan  bahawa beliau dan  bangsa lain sebagai sasaran yang wajib dibunuh.


Tidak perlulah Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berterus-terang untuk menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan. Perkara yang amat jelas ialah amat mudah. Jangan mencampuri atau apa juga halangan yang ingin dilakukan oleh Agama Islam atas nama kesamarataan.

Lim Kit Siang seharusnya sedar bahawa  mencampuri urusan agama lain adalah satu sikap yang amat merbahaya dan akan menjurus kepada  kekacauan dalam Negara.

Persoalan siapakah kafir harbi itu bukan tertakluk kepada  DAP atau anggotanya akan tetapi sesiapa sahaja yang cuba menghalang apa juga perkembangan Islam dan  memusuhi Islam sebagai satu ancaman.

Akta 355 yang bakal dibentangkan di Parlimen telah menjadi isu panas dikalangan DAP yang tidak memahami apa yang tersirat didalam akta tersebut. DAP terus memutar belitkan bahawa Akta tersebut adalah hudud dan menimbulkan ketakutan  dikalangan bangsa lain yang bukan beragama Islam.


Seharusnya DAP mendiamkan diri sebagaimana orang Islam di Malaysia tidak pernah mempertikaikan apa juga adat budaya dan juga resam yang menjadi amalan agama yang mereka anuti. Tetapi DAP  telah banyak mencetuskan  kesakitan jiwa masyarakat Islam dalam Negara ini dengan mempertikaikan Azan, Ibadah korban, Tulisan jawi  halangan-halangan yang terdapat dalam agama Islam.

DAP melalui hak asasi manusia juga telah mencampuri urusan agama Islam didalam tuntutan IFC yang mana  segala berkaitan Islam, Murtad, Perkahwinan, Zakat, status agama dimainkan atas nama  hak asasi dan juga kesamarataan.

Mungkin Lim Kit Siang lupa akan hal ini, tetapi kami sebagai orang Islam amat tidak selesa bila mana segala peraturan yang ada didalam agama Islam dipertikaikan  oleh bukan Islam atas nama kesamarataan.

Kata Kit Siang, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.


Jika Lim Kit Siang sudah tahu betapa bahayanya mencampuri urusan agama lain, seharusnya Lim Kit Siang menghalang anggota  DAP atau mana-mana sekutu mereka dari mengeluarkan apa juga kenyataan yang berhubung kait dengan Islam.

Sebagai orang Islam dalam Negara ini, sebagaimana  Kit Siang menuntut  dalam sesuatu perkara, kami juga menuntut agar  keseluruhan bukan Islam dalam Negara ini agar jangan mencampuri urusan Agama Islam dan larangan-larangan yang terdapat dan dikategorikan sebagai  hak asasi atau kesamarataan.

“Saya masih menunggu respon Abdul Rahman terhadap kenyataan saya semalam di Gelang Patah. Saya minta beliau berlaku jujur dan berani untuk menyatakan secara spesifik adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Kit Siang juga menuntut penjelasan mufti berkenaan adakah label ‘kafir harbi’ dibuat kerana DAP lantang memperjuangkan nasib rakyat tertindas dan jika demikian, bila pula masanya beliau menjadi ‘kafir harbi’.

Satus kafir harbi itu tidak merangkumi isu berkaitan kemasyarakatan yang bagaimana kenyataan Kit Siang diatas. Disini secara jelas kebodohan Kit Siang dalam  mentafsirkan isu Kafir harbi yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang.

Soal Kit Siang bangun bersuara di Parlimen pada tahun 1978 menentang UMNO-Barisan Nasional mengisytiharkan darurat untuk merampas Kelantan dari PAS ini bukan termasuk dalam istilah yang dimaksudkan oleh Mufti Pahang.

Kebodohan apakah yang cuba ditunjukkan oleh Kit Siang, itu soal politik ,  Dalam isu kafir harbi ialah perkara perkara yang mengugat atau juga cubaan menghalang apa juga  perkara yang melibatkan Islam. Disini kita melihat kekeliruan yang  sedang cuba di lakukan oleh Kit Siang dalam meminta penjelasan .

Adalah lebih baik Lim Kit Siang tidak berkata apa juga dan menyokong apa juga tindakan yang mencampuri urusan agama lain terutama agama Islam. Mungkin juga Kit Siang sudah lupa melalui NGO-NGO  yang mempertikaikan  isu berkaitan Islam dalam IFC. Adakah Kit Siang bersuara menghalangnya?

Soal Malaysia memiliki pasukan khas anti keganasan yang memantau segala pergerakan dan ancaman penganas ISIS,  ianya adalah satu perkara yang berlainan dan terasing dengan apa yang  dikatakan sebagai kafir harbi.

Secara tidak langsung Kit siang telah melabelkan isu kafir harbi ini  sebagai  pemikiran ekstrem agama ala-ISIS seperti kontroversi ‘kafir harbi’ yang hangat diperkatakan saat ini. Ia merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam.

Justeru itu, Selepas perkara ini,  DAP diminta agar jangan sesekali mencampuri  apa juga  isu berkaitan agama Islam serta menggunakan kesamarataan dan hak asai sebagai alasan untuk mempertikaikan apa juga dilakukan yang berkaitan dengan larangan dan juga  tuntutan agama Islam.

PRU14.tv

2 comments:

Anonymous said...

Kit Siang ni sepatutnya diambil tindakan undang2 kerana sering membuat provokasi terhadap Islam dan Melayu.

Anonymous said...

taktik diversion untuk mengaburi skandal banglo tanpa swimming pool dan terowong bawah laut terlajak kata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa