Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 28, 2016

MENGAPA HUSNI LEPAS SEMUA JAWATAN?


Lumrah apabila berlaku rombakan kabinet, pasti ada pemimpin yang tersenyum lebar dan ada pula yang berkecil hati atau bermasam muka. Namun, tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan Umno hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Setiausaha politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam satu kenyataan memaklumkan jawatan itu termasuk Menteri Kewangan Kedua, Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Beliau hanya mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Tambun yang disandang sejak 1995.


Ketika ditanya punca Ahmad Husni meletak jawatan, setiausaha akhbarnya, Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp menjawab: “Pencen.”

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Datuk Seri Najib Razak ketika membuat pengumuman rombakan kabinet petang tadi memaklumkan Ahmad Husni menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Perdana menteri mengumumkan pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani bagi mengisi kekosongan itu manakala Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz pula sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Johari serta Othman antara empat menteri penuh dan enam timbalan menteri yang berada dalam senarai rombakan dan penyusunan semula kabinet hari ini.

Ahmad Husni menyertai sektor awam pada 1984 sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak.

Anak jati Perak itu kemudiannya dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Menteri Kewangan yang disusuli kenaikan pangkat sebagai menteri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa