Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 14, 2015

SENARAI NAMA KRONI KERAJAAN SUDAH TERSEBAR!!!


Rafizi Ramli mengatakan bahawa PNB membeli RM579.2 juta manakala Tabung Haji mengakui semalam bahawa ia membeli RM920.8 juta dalam Sukuk RM1.5 bilion Bandar Malaysia.http://www.themalaysianinsider.com/…/pnb-bought-rm579.2-mil…


Rafizi juga menambah bahawa RM2 bilion lagi telah dipinjam dari Ambank.

Beliau juga bertanya, "Persoalan terbesar sekarang adalah apa yang berlaku kepada RM3.5 bilion yang dipinjam kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?"

- RM1bilion telah dibayar dalam bentuk wang tunai kepada kerajaan untuk membeli tanah Sg Besi.

- Kontrak RM2.1 ilion telah dianugerahkan kepada LTAT.


- Baki mungkin akan digunakan untuk pembayaran faedah interim ke atas semua pinjaman dan kos-kos lain seperti membeli tanah di Sendayan, Kajang dan Subang sebagai sebahagian daripada 8 tapak ketenteraan.


Ini adalah apa yang anda dapat untuk RM3.5 bilion.

Ini adalah senarai kroni yang mendapat manfaat daripada urusniaga yang diragui, mencurigakan dan boros:

1) TUDM

- Mereka mendapat 8 kemudahan tentera baru dan dilengkapi secara PERCUMA! (baiklah, mereka terpaksa meninggalkan pangkalan Sg Besi tetapi ia sudah terlalu lama dan terlalu dekat dengan pusat bandar KL).


2) KERAJAAN MALAYSIA

- Kerajaan sudah pun dibayar RM1 bilion tunai bagi tanah itu.


3) VETERAN PESARA TENTERA

- LTAT mendapat kontrak RM2.1 bilion dan keuntungan akan dibayar melalui dividen kepada ahli.


4) JEMAAH HAJI

- Tabung Haji melabur dalam projek yang mematuhi syariah dan mendapatkan pulangan yang baik daripada keuntungan RM626.5 juta dalam tempoh 7 dan 10 tahun dan dijamin dengan sekurang-kurangnya 1.67 kali perlindungan aset - di mana keuntungan akan dibayar dalam bentuk dividen kepada penyimpan deposit Tabung haji.


5) PEMEGANG UNIT ASN & ASB

- PNB melabur dalam projek yang mematuhi syariah dan mendapatkan pulangan yang baik daripada keuntungan RM394 juta dalam tempoh 7 dan 10 tahun dan dijamin dengan sekurang-kurangnya 1.67 kali perlindungan aset.


- Namun, terbaru PNB telah nafi membeli bon sukuk ini.


6) PEMEGANG SAHAM AMBANK

- Ambank mendapat bayaran faedah dari pinjaman untuk Bandar Malaysia.


KRONI UTAMA ADALAH 1MDB

1MDB satu-satunya pihak yang dipersalahkan dan mendapat pulangan NEGATIF setakat ini dari urusniaga ini. 1MDB tidak dapat mengambil pemilikan tanah kosong dan juga tidak boleh menjual tanah dan harus terus membayar faedah dan menanggung risiko bagi sebarang kelewatan dalam projek Bandar Malaysia atau kelewatan dalam pembinaan oleh LTAT.

1MDB terima serangan dari semua orang termasuk Rafizi dan pembenci-Najib untuk keistimewaan mendapat pulangan NEGATIF setakat ini dari perjanjian ini.

Kadangkala kita perlu puji, kadangkala kita perlu bidas.

Langsung tiada faedah untuk rakyatkah semua ini?

Oleh Lim Sian See

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa