Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 19, 2015

NIZAR LAMBAI SAMAN PEMUDA PAS???


Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengancam akan menyaman seorang pemimpin Pemuda PAS yang berterusan memainkan isu beliau menolak hudud.
Maklumat ini dihebahkan oleh blog pro Pakatan Rakyat sisibukit yang berbual dengan Nizar sendiri semasa majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Perak, di Masjid Tinggi, Bagan Serai pada 16 Mei.
Nizar mendakwa beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak menolak hukum hudud, tetapi Pemimpin Dewan Pemuda itu masih lagi menghebahkan kepada orang lain, bahawa beliau menolak hukum hudud.


“Saya akan saman” tegas Nizar.
Namun, dalam pada itu, Nizar mengharapkan pemimpin Dewan Pemuda yang tidak dinamakan itu memohon maaf dan tidak menyebarkan fitnah itu lagi.
Pada 24 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak yang berkata sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.
“Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.
“Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR,” katanya.
Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa