Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 19, 2015

SABAH MILIK FILIPINA???


MANILA - Filipina sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.



“Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal di sana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara terlebih dulu,” katanya. 

Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.

Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.

Aquiono berkata, beliau tidak akan membiarkan media memainkan isu itu. 

“Saya pernah diberitahu sebelum ini ada pungutan suara dan rata-rata mereka mahu kekal di Malaysia,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa