Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 11, 2015

22 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG PONTENG!!!


Pembangkang diminta tidak menyalahkan kerajaan apabila Dewan Rakyat meluluskan Pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang mana merupakan kesalahan sendiri kerana 22 ahli parlimen mereka tidak hadir ketika rang undang-undang tersebut dibahaskan di dewan rakyat baru-baru ini, demikian menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar.


Menurut beliau, ahli parlimen pembangkang hari ini dilihat cuba memutar belitkan keadaaan dengan menyalahkan pihak kerajaan yang kononnya tergesa-gesa membahaskan rang undang-undang tersebut di parlimen.

“Hakikatnya itu adalah salah ahli parlimen pembangkang. Seramai 22 ahli parlimen  pembangkang ponteng ketika hari perbahasan rang undang-undang tersebut. Sedangkan perkara ini merupakan satu isu besar.

“Bagi saya apa yang berlaku itu memperlihatkan sikap dan komitmen ahli parlimen pembangkang yang tidak sungguh-sungguh bekerja untuk rakyat yang mengundi mereka.

“Selama ini, pembangkang dengan lantang mendakwa kononnya undang-undang POTA ini adalah zalim. Tetapi bila tiba hari perbahasan dan pengundian di dewan rakyat berhubung akta ini, mereka boleh pula ponteng secara berjemaah,” ujarnya sinis kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambah Salleh lagi, ini jelas  menunjukkan betapa tidak seriusnya ahli parlimen pembangkang yang telah diberi amanah oleh rakyat yang mengundi mereka.

“Kalau seorang dua ponteng mungkin boleh dimaafkan lagi tetapi seramai 22 ahli parlimen pembangkang tidak hadir dikala pengundian dan perbahasan rang undang-undang dijalankan di dewan negara.

“Dan seperti biasa, ahli parlimen pembangkang ini akan menyalahkan pihak kerajaan dengan pelbagai alasan yang bagi saya seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat di negara ini,” tegasnya.

Beliau seterusnya memuji usaha kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang ini memandangkan isu keselamatan negara bukanlah soal remeh dan boleh dipandang enteng.

“POTA dilihat tepat pada masanya di mana ianya merupakan tanggungjawab kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Ini berikutan penularan fahaman militan termasuk kumpulan  IS bukanlah satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.

“Sebagai contoh apabila baru-baru ini pihak polis menahan sekumpulan 17 orang disyaki pengganas yang dikaitkan dengan IS, yang merancang menculik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuhkan rejim IS di Malaysia dan ini merupakan satu perkara yang perlu dicegah agar tidak berlakunya sebarang kejadian buruk di negara ini,”ujarnya‎ – MediaUMNO

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa