Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 26, 2014

DAP KOMUNIS SUDAH MULAKAN PERANG...


Sikap DAP yang tidak habis-habis seolah-olah menghasut rakyat  sudah sampai ketahap yang melampau. Dalam keadaan rakyat yang menerima BR1M dengan penuh kesyukuran, DAP cuba menghasut dengan mencetuskan provokasi kebencian dalam seluruh rakyat. Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap penghasut dan pengkhianat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan   penambahan nilai insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kejinya perangai DAP terserlah apabila  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kononnya rakyat di negara ini berpeluang memperoleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) jika Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian.

Kononnya  kerugian tiga tahun berturut-turut oleh MAS berjumlah RM4.1 bilion hampir mencukupi untuk menaikkan BR1M daripada RM650 kepada RM1,200. 

guan eng deficit

Sebenarnya amat jelas di sini pembangkang  terlalu “sakit hati” dengan kejayaan kerajaan mengurangkan beban rakyat dengan pemberian BR1M.  Usaha dan fitnah mereka selama ini memburukkan kerajaan kononnya kenaikkan harga barang merupakan salah kerajaan 100%  dapat   disanggah sebahagiannya dengan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan pemberian BR1M.

Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan segala janji manifesto satu persatu membuktikan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional yang sedaya upaya  sentiasa mendahulukan rakyat dalam segala perancangan.   Ini secara tidak langsung membolehkan rakyat membuat perbandingan betapa berbeza nya tindakan pakatan pembangkang yang berterusan menganiaya rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.

DAP sendiri telah banyak kali menghampakan rakyat Pulau Pinang dengan janji-janji palsu beliau. Antara janji yang gagal ditunaikan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ialah meruntuhkan tol Sungai Nyiur.  Guan Eng pernah berjanji akan menghapuskan bayaran di plaza tol ini sekiranya kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian dalam masa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12). Namun selepas PRU ke 13 pun janji iti tidak dapat dilaksanakan. Kutipan tol ini masih berjalan seperti biasa dan pelbagai alasan diberi Guan Eng untuk menghalalkan tindakannya tidak merobohkan plaza tol itu.

Begitu juga dengan isu tanah.  Sebelum ini Kerajaan Pulau Pinang  bersetuju menyerahkan tanah secara percuma kepada Kerajaan Pusat yang akan menanggung semua kos pembinaan 300 unit rumah pangsa  terbabit.  Namun ianya tidak ditunaikan malahan perkara sebaliknya  berlaku. Guan Eng dilaporkan membuat  kenyataan  yang disiarkan dalam lidah rasmi akhbar milik Kerajaan Negeri, yang menegaskan bahawa tanah itu perlu dibeli Kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum dapat dibangunkan.

Penduduk telah diarah berpindah selepas tanah yang dijadikan penempatan lebih 300 keluarga di situ diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk dibangunkan sebagai kawasan komersial. Sebagai alternatif, Kerajaan Negeri menawarkan beberapa blok rumah pangsa di Ampang Jajar kepada penduduk berserta dengan sedikit bayaran sagu hati sebagai bayaran perpindahan. Hanya 230 keluarga sahaja yang bersetuju berpindah manakala bakinya 70 keluarga lagi enggan berbuat demikian kerana penempatan baru itu jauh dari segala kemudahan asas dan menyusahkan kehidupan seharian mereka.

Kemudian  Kerajaan Negeri bersetuju memberi tapak kosong itu yang terletak lebih kurang 100 meter dari lokasi sekarang sebagai tapak baru. Status sebenar tanah itu yang cuba dimanipulasikan sedangkan 300 penduduk memerlukan rumah .

Tindakan Guan Eng yang cuba menghasut rakyat benci pada kerajaan dengan menggunakan isu BR1M RM1200 menunjukkan sikap  politik murahan beliau memandangkan Guan Eng sendiri mempunyai rekod yang terlalu buruk dalam episod menganiaya rakyat Pulau Pinang. Manakala tindakan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji BR1M cuba diperkecilkan dengan fitnah  tahap murahan  DAP yang cukup terdesak memburukkan kerajaan.  Rakyat yang waras dapat menilai keikhlasan. Segala lakonan dan fitnah mereka bakal menjerat diri mereka sendiri.--MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Penang bankrup dibawah LGE..tukar KERETA lepas 3bulan.

Tak habis2 robohkan kampong2 untuk projek rumah Puzzle Bubble.

Banyak Cina borong rumah akhirnya tiada pembeli mampu beli & orang asing pun tak mahu negara PANAS mcm Malaysia.

Apa pun nak kutuk LGE,
MAS/DBP rugi tu mmg salah pengurusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa