Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 12, 2013

PEMBANGKANG TERUS USAHA HAPUS MELAYU DI MALAYSIA!!!


Hakikat bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang merupakan tunggak dalam perlembagaan Malaysia amat  tidak disenangi oleh pembangkang kerana ini dengan secara langsung mengiktiraf bahawa bangsa Melayu merupakan “Tuan Tanah” Malaysia.

Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di- Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). 

Dalam lain perkataan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan.

Maka dengan itu propaganda yang tersusun telah dicetuskan oleh DAP terhadap Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. PKR dan PAS yang kita amat maklum tidak mempunyai pemikiran sendiri tunduk dan turut pada agenda DAP yang mahu menghapuskan kekuasaan Raja-Raja Melayu sekaligus menghapuskan status “Tuan Tanah” yang dipegang oleh bangsa Melayu.

Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana mengikut perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan iaitu: “181.(1) Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogativies, powers and jurisdicition of the Rulers and the the provisions of this Constitution, the jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected”.

Dengan itu sepatutnya  orang Melayu  tidak terlalu ghairah dengan tuntutan pemodenan sehingga mudah ‘membuang’ sistem negara termasuk institusi Raja-Raja Melayu  akibat terbawa-bawa dengan agenda jahat DAP yang telah merancang dengan cukup teliti dari dahulu lagi untuk berkuasa sepenuhnya di bumi Malaysia. 

Bangsa Melayu perlu bijak mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan yang merupakan “tipu muslihat” DAP , supaya ‘air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit’. Kita perlu ingat bahawa  institusi raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan, payung mahkota negara.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang telah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu  dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara . Semasa istiadat itu berlangsung amat ketara mereka mempersenda dan mengejek apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri. Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan.

Namun  beberapa pemimpin pembangkang  tersebut seperti biasa merupakan juara “penipuan” dan “penafian”. Mereka menafikan dakwaan itu ataupun “berlakon”  tidak tahu-menahu mengenainya. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua awal-awal lagi sudah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai pembohongan UMNO. 

Dakwanya dalam laman sosial Twitter: “Tak cukup dengan serangan peribadi murahan, cybertroopers UMNO sekarang nak rosakkan imej majlis diraja pula”. 

Manakala Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw turut menafikan dakwaan tersebut. “Tidak ada apa-apa berlaku. Yang di-Pertuan Agong sudah ditabalkan, tak perlulah kita ‘tambah’ apa-apa,” katanya. Khalid Samad pula mendakwa tidak tahu-menahu mengenai kejadian itu.”Saya cuma dengar suara orang di sebelah kerana jarak yang agak jauh. Pada saya, agak mustahil untuk individu itu mendakwa mendengar perbualan semua ahli Parlimen pembangkang kerana jarak yang agak jauh antara kami,”

Begitu juga dengan tindakan menghina Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Suspek yang berusia 29 tahun itu berbangsa Cina  yang juga graduan dari salah sebuah universiti di Scotland merupakan penduduk Pulau Pinang dan pengundi di Subang Jaya. Suspek telah  dihantar oleh bapanya ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura. 

Pertengkaran  telah berlaku  antara suspek dengan bapanya menyebabkan dia melepaskan geram dengan menunjukkan isyarat lucah dan “kononnya” secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu. Kita harus sedar bahawa mereka telah menanam perasaan benci yang cukup mendalam  dalam setiap jiwa raga bangsa Cina untuk membenci Raja-Raja Melayu yang merupakan penghalang terbesar mereka untuk berkuasa sepenuhnya.

1 comment:

Anonymous said...

MAKIN DAJAL Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu PAP-Barat-Israel mereka)! Cuba kalau bangsa PENDATANG KAPIR buat mcm. mi kat Arab Saudi atau Pakistan - terus diPANCUNG! Inilah akibat si Islam/Melayu LIBERAL MENJILAT KAPIR HARBI DAJAL, sedangkan umat Islam/Melayu, terutamanya yg. miskin, asyik MERANA tak habis-habis, di bumi PUSAKA Tanah Melayu kita, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah si KAPIR British-Zionis laknat lagi!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa