Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 16, 2013

KHALID IBRAHIM DISERANG OLEH KAWAN SENDIRI


Nor Azlina Shaari

Kepimpinan dan pentadbiran Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor hingga hari ini menerima pelbagai kritikan dan teguran dari ahli politik dalam PKR juga ahli-ahli PR di Selangor.

Kalau beberapa minggu lepas, Khalid ditegur Anwar Ibrahim secara terang-terangan tentang cara beliau mengendalikan kewangan negeri Selangor, pada bulan lalu pula, Ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan ahli Dewan Undangan Negeri yang bukan Exco yang dipimpin Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menghantar memorandum kepada Khalid mengenai pentadbiran negeri yang dikatakan lemah terutama dalam pengurusan rizab negeri.

Untuk makluman, sejak Khalid mengambil alih memerintah negeri Selangor, pelbagai memorandum sudah diserahkan kepada beliau.

Dipertengahan penggal pertama ketika Khalid sedang mentadbir Selangor juga sudah beliau terima memorandum mengkritik caranya menjaga negeri itu.

Pada 2010, selepas Kongres PKR di Kelantan, Khalid dilucutkan jawatan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor. Sebelum berlangsung PRU13 juga Khalid menerima beberapa memorandum.

Kesemua memorandum itu adalah kritikan dan desakan yang menyerang kewibawaan beliau sebagai MB Selangor. Malah, ada yang mendesak supaya beliau diturunkan pangkat dari menjadi MB.

Justeru, pada 28 Oktober pula, heboh mengatakan berita di mana Khalid Ibrahim bakal dilucutkan jawatannya sebagai MB.

Namun, Khalid masih lagi menunjukkan sikapnya yang seperti biasa, prinsip beliau yang yakin dengan diri sendirinya yang tidak goyah dengan setiap serangan yang diterima.

Hari berikutnya selepas memorandum diserahkan kepada Khalid, beliau telah berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama ADUN PR. Kononnya mahu membincangkan isu Khalid yang tidak menguruskan rizab negeri dengan sistematik.

Namun, dalam perbincangan tersebut, tidak ada isu hangat yang timbul malah, Azmin menyatakan pertemuan itu adalah pertemuan biasa BBC dengan MB.

Keadaan inilah menunjukkan betapa cemburu yang sangat tinggi dalam dunia politik PKR di Selangor.

Dibelakang Khalid, begitu rancak suara-suara yang mahu menjatuhkan beliau. Namun apabila berdepan, tidak berani malah kelu lidah untuk menegur MB Selangor itu.

Dan sekarang ini pula, Khalid menerima lagi memorandum dari BBC yang telah menyenaraikan beberapa isu yang mereka tidak berpuas hati. Dua kali ganda dari memorandum yang beliau terima sebelum ini.

Antara yang dibangkitkan, kata kenyataan itu termasuklah soal banjir, pengangkutan awam, ketelusan Geran Selangorku, hakisan tanah dan pemulihan cerun, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUI) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia juga berkaitan di mana kerajaan pimpinan Khalid lemah kerana sikap dan amalan birokrasi Khalid.

Nampaknya, Khalid tidak gentar diserang bertubi-tubi oleh beberapa pihak termasuklah BBC. Dan BBC pula terus memainkan elemen cemburu dalam kelab itu.

Umpamanya, kisah ini tidak akan berkesudahan kerana Khalid cukup kukuh mempertahankan jawatannya, manakala yang lain tiada bukti yang kuat untuk menjatuhkan Khalid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa