KITA tak tahulah apa yang mengancam Anwar Ibrahim ini sehinggakan pengawal peribadinya perlu membawa senjata ke sana ke mari. Pada satu ketika, Anwar pernah diancam bunuh pun sebaik Saiful Bukhari buat laporan polis mendakwa diliwat Anwar, masa itu Anwar setakat lari ke Kedutaan Turki saja, tak pulak pengawal peribadinya ketika itu acu-acu pistol.
Ini baru dibantah kedatanganya oleh rakyat yang tak suka dengannya, Anwar dah arah pengawal peribadinya untuk acu pistol terhadap rakyat. Inikah demokrasi? Tak suka bantahan rakyat, acu pistol!!
Reaksi segera Anwar selepas itu macam biasalah, cuci tangan – serah kepada polis. Kemudian, ada tambahan sikit “isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan”.
Bila polis tembak penjenayah, tak pulak kita dengan Anwar bagi kenyataan macam ini, terus tuduh polis bunuh rakyat. Sebaliknya bila pengawal peribadinya buat hal, keluarlah semua alasan ‘mempertahankan diri’ dan ‘mengikut garis panduan’ semua ni.
Penulis dimaklumkan, lelaki itu bukanlah pengawal peribadi Anwar yang betul-betul. Dia dari syarikat keselamatan yang diupah untuk menjaga keselamatan Anwar sepanjang Jelajah Merdekanya (sebut kempen pilihanraya). Senjata yang dibawanya pun adalah milik syarikat keselamatan tersebut.
Pendek kata lelaki itu adalah Security Guard dengan pengkhususan menjaga keselamatan VIP. Diulang, Security Guard saja tarafnya.
Maka itu penulis dan ramai orang lain tidak yakin Security Guard yang tak berapa nak tinggi sekolah ini, sanggup ambil risiko kerana menghalakan pistol kepada rakyat yang ‘bersenjatakan’ banner dan poster, melainkan diarahkan oleh orang yang mengupahnya iaitu Anwar!!
Ini sebenarnya bukan yang mengejutkan.
Ketika memangku jawatan Perdana Menteri pada Ogos 1997, Anwar pernah mengarahkan pasukan khas polis untuk menggempur rumah Dr. Ristina Majid di Bangsar, tempat Ummi Hafilda dan Azizan Abdul Razak bersembunyi kerana Anwar mahu polis tangkap kedua orang ini dan tarik balik tuduhan Anwar meliwat Azizan.
Kesalahan sama jugalah yang menyebabkan dia dipenjara selama 6 tahun. Setakat nak arah Security Guard yang diupahnya, apalah sangat.
Sebetulnya ada banyak teori lain kenapa perkara ini berlaku. Ada juga yang kata ini usaha Anwar tarik simpati rakyat, kononnya nyawanya sedang diancam. Sebelum ini dah 2 kali basnya dibaling dengan cat, walaupun tak disebut secara terang, tapi Anwar memang hala kesalahan kepada UMNOlah.
Jadi nak bagi nampak real, bodyguardnya terpaksa acu pistol untuk “mempertahankan diri” dan “mempertahankan Anwar yang sedang berselesa dalam bas mewah di depan.
Apa pun alasan, ia tetap tak boleh diterima rakyat.
KREDIT UNTUK mykmu.net UNTUK ARTIKEL INI
2 comments:
KESIAN MAMAT BODYGUARD AD-HOC BASIS TU JADI "SCAPEGOAT" KPD PENGGANAS BONTOT JANTAN seMALAYA hehehe.
Dia geram kat mamat bangang yg baling cat tu...he...he...
Post a Comment