Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 03, 2010

PAS SEMAKIN SESAT, KELUARKAN "FATWA" BARU


KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.

“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lebih 50 pelajar madrasah berkenaan.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika berucap juga cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan langkah Kerajaan Pusat memberi bantuan RM95 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2011 adalah usaha pakatan pembangkang yang memperjuangkan isu berkenaan selama ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga terpaksa mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM500 kepada RM800 sebulan termasuk elaun imam kepada RM750 sebulan.

“Kita sudah memberi banyak bantuan kepada SAR sebelum ini, dahulu peruntukan untuk SAR tidak pernah disebut dalam bajet Kerajaan Persekutuan, sekarang mereka sebut.

“Boleh jadi mereka sebut kerana malu, segan atau rasa takut kedudukan mereka tergugat,” ujarnya. Sumber Utusan Online

1. PAS sudah tidak hirau hukum agama hanya untuk kepentingan politik. Mereka sesuka hati mereka cipta fatwa untuk mengelirukan rakyat.

2. Atas sebab politik mereka juga menanam kebencian sesama Islam yang mana perbuatan ini sama sekali dengan ajaran Islam. Mereka memaki hamun, caci maki dan menipu dalam masa yang sama mereka mengaku berjuang atas nama Islam. Bukankah ini Munafiq??

3. DAP melihat ini sebagai satu peluang dan menggunakan PAS sebagai alat untuk mencapai hajat mereka menakluk Malaysia. Kelemahan dan kebencian PAS kepada UMNO dan semasa Islam untuk melihat hal ini adalah satu kesilapan besar kerana DAP tidak mungkin akan membela dan meperjuangkan hak Islam dan orang Melayu apabila berkuasa kelak.

4. Maka kerugian yang paling besar adalah bila ada lagi oarng Islam dan Melayu menyokong PAS. Menyokong PAS adalah sama seperti menyokong untuk menjahanamkan Islam dan Melayu di Malaysia ini.

5. Sokonglah Barisan Nasional untuk Islam yang lebih gemilang.

JPX

1 comment:

Anonymous said...

KESIANNYER.....
DORANG TAK TENGOK KOT....
ALIRAN TUNAI YANG DORANG DAPAT...
BRAPA SGT YURAN DR PLAJAR @ SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI.....
TAK TGK BRAPA KERAJAAN PUSAT SALOR KAN.....
BLAJA TINGGI3... TAHAP BANGANG PUN TINGGI6 JIGAK......
KALAU MCM TU HARAM LA DORG TERIMA GERAN KERAJAAN PUSAT.....
DAN HARAM LA JUGAK ORG YANG TERIMA BAYARAN GAJI N PINJAMAN KERAJAAN PUSAT UNTUK UNDI PAKATAN RANJAU (PR)............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa