AIDC – Selain bergelar bekas banduan, track rekod Lim Guan Eng dalam DAP amat buruk kerana sanggup membunuh karier politik rakan sendiri semata-mata untuk mencapai cita-citanya mencapai pemimpin paling berkuasa dalam parti itu.
Selain bergelar bekas banduan, kejayaan politik Guan Eng dalam DAP bukan disebab faktor merit, sebaliknya disebabkan faktor naungan (patronage) daripada bapanya sendiri, Lim Kit Siang.
Guan Eng diberi laluan bapanya membina tapak dalam politik DAP di Melaka ketika berusia 26 tahun iaitu bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka.
Kit Siang yang ketika itu berjawatan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang telah mencantas nama Chan Ah Kow @ Chan Teck Chan Ahli Parlimen Kota Melaka selama dua penggal (1978-1982 dan 1982 -1986) semata-mata untuk memberi laluan kepada anaknya bertanding di parlimen itu.
Dengan naungan bapanya, Guan Eng mendaki hieraki politik dalam DAP dengan cepat. Dalam masa empat tahun berada dalam parti, ketika berusia 30 tahun, Guan Eng telah berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada tahun 1990.
Guan Eng juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka selama 3 penggal, dari 1986 -1990, 1990-1995 dan 1995-1999.
Dalam masa sama, sekitar tahun 1990 – 1998, Guan Eng mendaki hieraki politik DAP dari jawatan, Ketua DAPSY, Timbalan Setiausaha Agung DAP pusat dan Naib Pengerusi DAP pusat.
Namun, Guan Eng gagal menghabiskan jawatan Ahli Parlimen Kota Melaka pada penggal ketiga, apabila pada Ogos 1998, dia dipenjarakan di Penjara Kajang kerana bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Apabila mahkamah memutuskan Guan Eng bersalah memfitnah Rahim Thamby Chik dan dihukum penjara setahun enam bulan, dia telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dan jawatan dalam parti kerana statusnya bergelar banduan.
Dengan keputusan itu, mahkamah telah membuktikan Guan Eng seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak benar terhadap kata-katanya.
Ekoran Guan Eng hilang status sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, ada gerakan yang diketuai Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin mencadangkan isteri Guan Eng, Betty Chew sebagai calon parlimen pengganti kepada suaminya itu.
Namun cadangan itu ditolak oleh DAP Melaka yang diketuai oleh Sim Tong Him atas alasan nepotisme, sebagai penyelesaiannya, Kerk Kim Hock yang ketika itu berjawatan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP pusat dipilih sebagai calon Parlimen Kota Melaka dan Betty dipilih sebagai calon ADUN Durian Daun (kemudian dikenali DUN Kota Laksamana), Melaka.
Berstatus bekas banduan tetapi sikap bos
Selepas dibebaskan dari Penjara Kajang 25 Ogos 1999, Guan Eng mahu membina semula karier politiknya dalam DAP dengan melalui tapak di Melaka.
Sebagai bekas banduan yang kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan jawatan parti, Guan Eng menghadapi laluan sukar mengilap kembali karier politik.
Apatah lagi, ketika itu bapanya, Kit Siang juga kehilangan jawatan Ahli Parlimen apabila ditewaskan di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang pada PRU 1999.
Ekoran penolakan masyarakat Cina terhadap kepimpinan Kit Siang, dia bermain silap mata dengan meletakkan jawatan Setiausaha Agung DAP tetapi dalam masa sama mengambil alih jawatan Pengerusi DAP.
Jawatan Setiausaha Agung yang dikosongkan Kit Siang telah diambil alih oleh tokoh baharu, Kerk Kim Hock yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.
Pada 1 September 2003, Kolumnis The Star, Jacoline Tan dalam artikel bertajuk “Malaysia’s DAP: A new hope?” mengambarkan Guan Eng seperti besar sudu dari kuah apabila mengadakan sidang media 3 kali hingga 4 kali seminggu walaupun dia cuma ahli biasa dalam DAP dan tidak memegang jawatan Ahli Parlimen ataupun ADUN.
“Bekas Ahli Parlimen DAP Lim Guan Eng mungkin terkeluar daripada politik arus perdana tetapi dia nampaknya menyimpan profil yang agak tinggi di Melaka, asas rumahnya sejak keyakinannya semakin pudar kerana (hukuman) menghasut empat tahun lalu.
“Walaupun kini dia hanya seorang ahli biasa DAP, namun dia dikenali sebagai pemegang tiga atau empat sidang akhbar seminggu. Persidangan akhbarnya adalah apa yang beberapa wartawan tempatan gelar sebagai ‘sidang media satu-campur-tiga’ – iaitu, dia akan memanggil media mengenai satu isu dan beromong kosong kepada tiga isu sampingan yang lain.
“Ramai pemberita mendapati begitu banyak persidangan akhbar dalam masa seminggu dari seorang ahli politik tunggal (tanpa jawatan dalam parti) sebagai agak berlebihan, tetapi mereka (wartawan) bersyukur kerana Lim junior tidak membacakan kenyataannya seperti stail (komunis) Soviet yang (pernah) dilakukan bapanya, Pengerusi DAP Lim Kit Siang,” tulis Jacoline
Jacoline menambah “Dia (Guan Eng) boleh menjadi sangat bossy (bersikap bos). Dia akan memanggil dan memarahi anda jika dia tidak suka laporan anda itu,” kata seorang wartawan.
Wartawan The Star itu turut mendedahkan kerana sikapnya yang besar sudu dari kuah itu menyebabkan dia berkrisis dengan Pengerusi DAP Melaka ketika itu, Sim Tong Hin.
1 comment:
Parti anak beranak....
Sebab itulah dap tidak dihormati oleh bangsa lain krn parti anak beranak ini sombong dan bongkak...
Mrk beranggapan dunia ini mrk yg punya...
Post a Comment