Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, February 15, 2016

KJ PERTAHANKAN KEPUTUSAN BAWA MASUK 1.5 JUTA BANGLA


Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tentu cukup faham realiti di negara ini dimana golongan muda tidak mahu berkerja dalam sektor 3D yakni kotor, sukar dan berbahaya.


Sebab itu beliau tidak teragak-agak mempertahankan keputusan kerajaan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hendak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh sebagai langkah yang ‘ tiada pilihan’.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Ahad,Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia akui cadangan itu telah mencetuskan banyak reaksi.

Namun,katanya realitinya anak muda Malaysia, mereka tidak mahu ambil pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja asing.

Menurut menteri itu jika belia Malaysia sanggup bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan ladang-ladang maka sudah tentu kita dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

"Apa yang dikatakan oleh TPM adalah permintaan untuk pekerja buruh di ladang-ladang, tapak pembinaan dan industri perkhidmatan. Kawasan di mana tidak ada permintaan dari pekerja tempatan.

Khairy melihat kenyataan Zahid mengenai isu berkenaan merupakan suatu penjelasan terhadap permintaan buruh asing di negara ini.

4 comments:

Anonymous said...

Kj ni tak guna satu sen pun,, nk suruh rakyat kerja 3d tapi gaji bagi kecil, dah terdesak cari duit agak nya, pekerja asing ni semua dtanggung majikn, lagi nk buat pemutihan mmg lahanat

Anonymous said...

Cai....aku buat part time kontrak cuci pasar.Hanya pekerja asing yg sanggup keja mcm tu.
Klu ada org kita pon....hanya yg dh terpaksa demi sesuap nasi.Nak hrp anak2 muda kita...hampeh.Belajar setakat spm....nak gaji ijazah.Cubalah buat iklan palsu....berapa org yg nak keja kotor dgn gaji rm800 ke rm1000.
Bukannya 24 jam keja kotor tersebut....
Carilah klu ada...paling2 tidak pon terpaksa bawak ahli keluarga utk buat keja mcm tu...

Anonymous said...

SEBELUM BAWA MASUK 1.5 JUTA ORANG LUAR SEPATUTNYA SELESAIKAN DAHULU HAL PATI YANG SEDANG KITA HADAPI. YANG KITA NAK TAMBAHI BAWA ORNG LUAR SEBEGITU RAMAI NI KENAPA? KALAU BERLAKU HURU DIDALAM NEGARA SATU KETIKA NANTI APA AKAN TERJADI? JAMGANLAH SAMPAI 'TIADA BEBAN BATU DIGALAS', SEKSA HIDUP ANAK CUCU KITA NANTI. SEBELUM DIA MASUK KENEGARA INI MEMANG DIA JANJI MACAM2 TETAPI BILA SUDAH BEERADA DI SINI NANTI KITA PULA DIPERLEKEHKAN OLEH MEREKA.DIA PULAK MENJADI ...............DAH BANYAK KITA LIHAT, CONTOH KAWAASAN PERNIAGAAN KAUM MEREKA, MENGENDALIKAN PERNIAGAAN SECARA HARAM, MEMBUANG SAMPAH DIMERATA2 MEMBIAKKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT DAN BERMACAM2 LAGI, SO TOLONGLAH JANGAN AMBIL MUDAH PERKARA SEPERTI INI. KAJILAH SECUKUP2NYA
oRANG MELAYU BUKAN TIDAK MAHU BEKERJA SEPERTI YANG, CUMA MUNGKIN TIDAK SELESA BILA BEKERJA DENGAN KAUM YANG MENDATANG YANG SELAMA DIPANDANG RENDAH OLEH KEBANYAKAN ORANG KITA. SAYA PERCYAYA TANPA MENGAMBIL PEKERJA2 LUAR MAKA ORANG MELAYU AKAN BERGEMBIRA BEKERJA DIKILANG2, RESTORAN2 DAN SEBGAINYA. WALLAHUAKLAM.......

Anonymous said...

Bodohnya anon 12.40 ni.. Patut la ramai yg mengangur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa