Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, September 07, 2015

ANAK X-IGP KERJASAMA DENGAN KOMUNIS!!!???



Iman tidak dapat diwarisi adalah peribahasa tepat menggambarkan sikap bekas wartawan jenayah Najib Abdul Rahman yang sekarang ini menjadi alat kepada Malaysiakini menyerang Polis Di Raja Malaysia.

Najib Abdul Rahman ialah anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahman Hashim, yang ditembak mati oleh komunis pada 7 Jun 1974.

Sehingga kini beliau yang berusia 68 tahun telah dua kali menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara kerana tidak mempertahankan tindakan Putrajaya menukar Timbalan Ketua Cawangan Khas ke Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam wawancara pertama dengan Malaysiakini beliau mendakwa Khalid Abu Bakar tidak mempunyai keberanian seperti bapanya untuk mempertahankan pasukan Polis.
Pertamanya, siapa Najib ini untuk mempersoalkan pengurusan pasukan Polis Di Raja Malaysia. Beliau tidak pernah menjadi anggota Polis apatah lagi mempunyai maklumat dalam pentadbiran polis hari ini.


Latar belakang beliau sebagai anak bekas Ketua Polis Negara pada tahun 70-an tidak memberi apa-apa kredebiliti bahawa kenyataan beliau berasaskan sumber dalaman. Beliau juga tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan kepimpinan anggota polis. Bagaimana beliau layak memberi kenyataan sedemikian?
Keduanya, beliau berkata kepada Malaysiakini,
“My father made the supreme sacrifice for the police force by taking seven bullets.
“I can’t see any other IGP who will do that. Can you?
“Which is why when leadership of the police is concerned, I use my father as the benchmark,” Najib Abdul Rahman, 68, told Malaysiakini.
Pada usia 68 tahun beliau mungkin telah lemah fikiran apabila mendakwa bapanya berkorban nyawa ke atas pasukan polis dengan menerima tujuh tembakan.
Kita tidak menafikan jasa bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang ditembak mati oleh Komunis di Kuala Lumpur pada 1974. Namun menyatakan bapanya berkorban nyawa menyelamatkan pasukan Polis dengan menerima tujuh tembakan dari komunis sangat tidak masuk akal dan melucukan.
Bapanya ditembak komunis bukannya kerana ada pilihan untuk menyelamatkan pasukan polis atau mana-mana anggota polis. Malah bapanya bukan “front liner” atau barisan hadapan dalam melawan komunis.
Sebaliknya ia diserang hendap oleh komunis dan ditembak mati tanpa sebarang pilihan atau keperluan mengorbankan diri untuk menyelamatkan sesiapa.
Jika mahu mempersoalkan kredebiliti bapanya, kita juga boleh berkata bagaimana bapanya, sebagai Ketua Polis Negara ketika itu, begitu cuai dan tidak cekap sehingga menyebabkan diserang hendap di ibu negara Kuala Lumpur, yang sepatutnya menjadi kawasan paling selamat negara pada masa tersebut.
Bukankah ia sekadar membuktikan bapanya sebagai Ketua Polis Negara ketika itu telah gagal mengumpul maklumat yang secukupnya dalam menjaga keselamatan dalam negeri.
Lebih malang, jika dulu Abdul Rahman Hashim menjaga keselamatan negara dari ancaman komunis, hari ini anaknya menjadi alat kepada portal Malaysiakini, yang pernah kelihatan pro-komunis Malaya dan Chin Peng beberapa tahun lalu, untuk menjejaskan semangat anggota polis.
Sangat malang anak bekas Ketua Polis Negara ini diusia 68 tahun, tapi sibuk memberi kenyataan akhbar memburukkan Polis. Adakah beliau menerima apa-apa bayaran daripada DAP?
Nota: Dimaklumkan gambar dalam penerbitan Malaysiakini bukan gambar Najib Abdul Rahman, tetapi gambar bapa mertua anak Najib Abdul Rahman.

3 comments:

Anonymous said...

anak polis ni ,,kacau jiwanya...

Anonymous said...

Samalah seperti kamu ..jiwa yg paradox. Silapnya orang orang umno beginilah...bila susah nak terima pendapat..kata orang bekerjasama dengan kominis, malulahhh tak da idea ke?.

Anonymous said...

Kalau bapak dia jadi KPN sekarang ni belum tentu dia dapat laksanakan apa yg telah TS Khalid lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa