Badan Perhubungan UMNO negeri akan mencadangkan beberapa pemimpin termasuk yang berstatus menteri dan daripada syarikat milik kerajaan (GLC) untuk ditukar kerana gagal menjawab isu-isu rakyat dengan baik sehingga membebankan kerajaan.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, perkara itu yang dirumuskan hasil mesyuarat badan perhubungan tersebut hari ini, akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, esok.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama-nama pemimpin berkenaan.
Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Badan Perhubungan UMNO negeri juga berpendapat agar kerajaan bertindak lebih agresif memberi penerangan segera terhadap semua isu semasa.
“Perdana Menteri harus buat perubahan besar, ubah beberapa pemimpin yang UMNO negeri rasa tidak sesuai lagi berada pada jawatan tersebut. Ada pemimpin yang orang meluat dan dihentam teruk walaupun menyatakan perkara yang betul.
“Jawab segala persepsi rakyat dalam laman sosial kerana jika tidak, orang ramai akan menganggapnya betul. Siarkan jawapan mengenai isu itu secara berbayar seperti di Astro serta TV3, bukan RTM sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Shahidan seterusnya memberitahu, isu-isu yang membelenggu kerajaan ketika ini adalah cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu, pelaburan Tabung Haji.
“Pemimpin yang akan menjawab isu tersebut pula diminta berhati-hati ketika memberi penjelasan kepada rakyat. Janganlah tinggi sangat (sombong) ketika menjawab,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shahidan memberitahu, pihaknya akan membuat satu laporan polis terhadap seorang ahli UMNO berhubung satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini bahawa timbalan-timbalan ketua UMNO bahagian di seluruh negara menerima wang tunai RM500,000 daripada Perdana Menteri.
Utusan
4 comments:
Den rasa yang patut diusul untuk ditukar adalah tuan pengusul itu sendiri.. orang2 dia Tak banyak membantu pun.. Yang paling den hairan ngape paling menyepi si menteri pelancongan yang bernama Nazri Aziz tu. Macam ada agenda tersendiri je..
Najib mungkin sekarang dlm delima, nak pili mana satu jawatanbila nak reshuffle, jadi pm teruk kenabelasah, jadi menteri kewangan boleh tutp banyak kubang tetapi terpaksapedih telinga dengan asakan pembangkang, jadi kala difikirkan 2 jawatan pun susah kitasboleh bantu najib tolong buat pilihan, berhenti saja dari kedua2 jawatan duduk d new york dgn riza anak rosmah
Najib mungkin sekarang dlm delima, nak pili mana satu jawatanbila nak reshuffle, jadi pm teruk kenabelasah, jadi menteri kewangan boleh tutp banyak kubang tetapi terpaksapedih telinga dengan asakan pembangkang, jadi kala difikirkan 2 jawatan pun susah kitasboleh bantu najib tolong buat pilihan, berhenti saja dari kedua2 jawatan duduk d new york dgn riza anak rosmah
sblm rombak org lain, yg pertama rombak jibby dgn punaisihat nya
Post a Comment