Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh menyebabkan pembangkang kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut sehingga sanggup ‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pengundi kawasan itu mungkin tergolong dalam kalangan yang tidak diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.
Seolah-olah cuba memperbodohkan pemikiran pengundi termasuk ahli Pas sendiri, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, yang dilabelkan salah seorang daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu, memetik sebuah hadis Rasulullah bagi menyokong ‘fatwa’ berkenaan, sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan zalim.
Ironinya, tuduhan zalim yang dilemparkan Khalid tersebut hanya berkisar kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya Ketua Pembangkang yang disabitkan bersalah dan dipenjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu difitnah, meskipun sudah melalui proses perundangan panjang selain fakta kes jelas menunjukkan hakikat yang sebenarnya.
Malah, bagi mewajarkan ‘fatwa’ berkenaan, Ahli Parlimen Shah Alam itu tergamak pula mempertahankan amalan nepotisme Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menyifatkan dalam kes Wan Azizah, persoalan nepotisme tidak berbangkit sama sekali, walaupun saling bertukar kedudukan calon dengan suaminya melibatkan kawasan Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Mengundi Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak dan menentang kezaliman. Ia amat perlu untuk menentukan momentum menjatuhkan UMNO dan BN dite- ruskan. Segala alasan untuk tidak mengundi beliau adalah propaganda UMNO dan BN walaupun ken- yataan itu keluar daripada mulut bukan orang UMNO dan BN kerana tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah menjadi alat pihak lawan dan musuh.
“Sekiranya kita tidak menyokong Wan Azizah dalam pilihan raya kecil (PRK) ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang melakukan kezaliman dan amat kita khuatir, bahawa kita akan digolongkan dengan mereka yang nabi tidak mengaku sebagai umatnya,” kata- nya sebagaimana dipetik daripada laman blognya, http://www.khalidsamad.com.
Ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh bertindak memboikot kempen PRK kawasan itu selepas desakan mereka agar PKR memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin, yang menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu hudud tidak dilayan oleh sekutunya itu.
Dalam pada itu, Khalid turut menyelar ahli Pas kerana menimbulkan isu nepotisme dengan menganggap pihak yang mempersoalkan perkara tersebut sebagai tidak faham maksud sebenar nepotisme.
Utusan.
4 comments:
Khalid kafir pukimak!
Alamak ..Ulamak khalid keluarkan fatwa... aduhhhhh..Malaun ni pun satu..Awat tak habak kat pengundi Permatang Pauh suruh tanya macam mana air mani Anwar boleh dok ada didalam dubur Saiful? 4CM pulak tu....Kalau boleh jawab ok la tu...Sains pun nmenipu kot???
Tnaya sat dekat Khalid macam mana air mani anwar boleh berada didalm dubur saiful;?
Macam mana air mani anwar boleh ada dalam dubur saiful?????? Khalid diminta tolong la jawab.....
Post a Comment