Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyebut sesiapa, namun ramai yang percaya kata-katanya itu jelas merujuk kepada kritikan bertalu-talu Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.
Kata-katanya yang mencuri perhatian ramai itu diluahkan pada penghujung ucapan ketika membentangkan laporan program transformasi kerajaan di Angkasapuri Selasa malam.
Bekas Perdana Menteri dalam kritikannya pada beberapa isu termasuk 1MDB turut mendesak beliau letak jawatan.
Najib yakin apabila kebenaran memancar kelak segala tomahan akan lenyap.
“Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan,”katanya.
Perdana Menteri menegaskan sekalipun diasak dan dikritik beliau,Timbalan Perdana Menteri serta anggota kabinetnya tidak sekali akan berganjak atau menyerah kalah.
Sebaliknya mereka akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara.
Beliau memetik seruan hikmat orang Bugis yang kata dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda.
Serentak dengan itu Najib menyeru rakyat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan.
BERIKUTAN IALAH PETIKAN PENUH UCAPAN PERDANA MENTERI KETIKA MENYENTUH HAL ITU:
“Jelasnya, saya menyeru agar rakyat sekalian dapat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni kerajaan selama ini.
Tiada kalimah yang dapat menyuratkan, tiada ibarat sebagai umpama, untuk melukiskan betapa pentingnya bagi kita memiliki jiwa-jiwa yang besar, dalam perjuangan membangunkan tanahair.
Kerana itu, saya menyeru, marilah kita jauhkan segala sengketa dan mencari titik persamaan, demi kemakmuran sebuah Malaysia.
Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan.
Ahli-ahli falsafah Yunani bermadah-madah, Imam Ghazali juga telah berpesan-pesan, hinggalah kepada para pemimpin dan tokoh-tokoh masyhur dunia antaranya Mahatma Ghandi, Keneddy, Martin Luther King dan ahli filasof terkenal Nusantara Melayu yakni HAMKA, menasihatkan bahawa, sudah menjadi adat dan sunnah orang berjuang, pasti menempuh getir serta liku-liku cabaran.
Namun,...para hadirin dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian..., walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah Kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didokong pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara.
Tambah Hamka lagi dan seruan hikmat orang Bugis pula, dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang.
Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah,... ayuhlah,... bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia.
Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati Malaysia, mendatangkan bahagia dan sentosa kepada rakyat serta pertiwinya, zahir dan batin buat selama-lamanya. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, Terima Kasih.
5 comments:
GST dan 1MDB juga adalah umpama ubat pahit yg terpaksa di telan utk menyembuhkan penyakit.Bila kesanya sudah di rasai nanti,semua pengkritik akan terkulai layu dan membisu.Teruslah berusaha utk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan negara.Perbaikilah juga kelemahan mana yg ada.Saya adalah salah seorang rakyat yg yakin kepada pimpinan negara yg ada sekarang.Fakta kejayaan pun sudah banyak terbentang di depan mata.
Saling tak tumpah gaya berucap mcm Anuwar...berbunga bunga ...berbelit belit dan berapi api...tapi hampas...action louder than words..buktikan rakyat didahulukan...brapa nilai brim berbanding kenaikan elaun wakil rakyat
keputusan PRU13 adalah nyata dan jelas,apakah ada keputusan yang lebih baik pada PRU14 jika Najib memgetuai BN? fikirlah dengan mendalam dan berlaku jujurlah pada UMNO dan BN.Populariti Najib masa PRU13 adalah lebih baik dari sekarang,mana mungkin PRU14 boleh jadi lebih baik sekiranya Najib kemudinya.Inilah yang gagal di fahami oleh Najib dan penyokongnya,dan amat jelas pada pemahaman seorang negarawan seperti Tun M.Apakan daya Najib buat buat buta dan masih mahu berjuang dalam keadaan yang amat mustahil untuk mendapakan keputusan lebih baik dari PRU13.Walau sebanyakkan mana BRIM dan ETP,GTP di lakukan dah tak ada pilihan lain selain berundur.
Hahaha what ever najib...ko ckapla apa pon rakyat xkan dgar...ko tgok pelusuk media sosial majoriti mgutuk ko.... ingat pengguna media sosial adalh ramai.... pgla berjumpa org kat bawah ni...klau najib rasa masih berpeluang jd pedana menteri... teruskan! Hanya 2% undi jika hilang runtuhla kerajaan skrg.... biarla bermimpi bhawa mimpi rakyat masih suka ko najib... go do research between najib n tun mahathir....hahah sememangnya aura beliau terlalu kuat utk rakyat...teruskan usaha najib...teruskan! Sampai rebah!
aisehman jawab lah siapa suruh bunuh altantuya
dan dimana hippo dapat banyak wang belanja walaupun si hippo ni suri rumah tangga
majlis kahwin pun kalah Princess Diana
Post a Comment