Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 13, 2015

BERITA BAIK:LAGI SEORANG KOMUNIS DALAM PAS TERKORBAN!!!


Setelah tujuh penggal menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini terpaksa akur apabila pengundian barisan kepemimpinan baharu tidak lagi memihak kepadanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tewas kepada pencabarnya, Mohd. Sofian Rejab yang memegang jawatan sebagai Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Kampar sejak 2011.


Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah ketika mengumumkan keputusan pengundian tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar di Kampung Tersusun Malim Nawar dekat sini bagaimanapun, tidak menyebut jumlah keseluruhan undi yang diperoleh.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar dan Naib Yang Dipertuanya pula masing-masing dimenangi oleh Ketua Dewan Pemudanya, Anuar Morat dan Azmi Abdul Hamid yang berjaya mengekalkan kedudukan pada penggal lalu.

Dalam pada itu, Sofian ketika ditemui berkata, beliau berikrar untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dalam menarik lebih banyak sokongan masyarakat setempat untuk memperkukuh jentera parti di Kampar.

“Saya bukanlah yang terbaik, namun, selagi kita menganjur dan memperkembang syariat Islam, insya-Allah, semuanya akan berlangsung seperti yang diinginkan,” katanya.

Dewan Ulama Pas Negeri baru-baru ini dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap Mohammad Nizar ekoran kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu bersama-sama Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Laksamana (B) Imran Hamid, berhubung isu hudud.

Kenyataan bersama itu antara lain memetik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan adalah di luar dasar bersama dan wajar dibincang serta perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Kekalahan Mohammad Nizar itu menyaksikan golongan ulama terus mendapat kepercayaan ahli parti apabila beberapa kawasan Pas seperti Tambun, Parit, Kuala Kangsar dan Bagan Serai yang turut menganjurkan mesyuarat sama pada hari ini memilih Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui saf kepemimpinan parti Islam itu.

Selain itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menjadi pilihan untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden oleh keempat-keempat kawasan tersebut.

Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa