BERITA TERDAHULU >>>DI SINI<<<
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang mengatakan lima ADUN PKR akan melompat parti dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu.
Menurutnya, ia adalah propaganda yang disebarkan UMNO dan BN.
“Itu cerita dogeng zaman purba, takkan saya nak mengiyakan cerita itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah dan pelancaran Rumah Selangorku ‘Karya Residensi’ di Kampung Jawa, hari ini, lapor Sinar Harian.
Dua hari lepas portal Mynewshub menyiarkan sekeping gambar pertemuan Abdul Khalid dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program di luar negara.
Foto itu diambil dari Facebook Abdul Khalid Ibrahim.
“Saya dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta.
“Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini,”kenyataan Abdul Khalid dipetik.
Abdul Khalid dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar oleh partinya sendiri, PKR pada tahun lalu kerana tidak sehaluan dalam pelbagai keputusan penting membabitkan kepentingan parti itu dalam kerajaan Selangor.
Hadi yang mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar pula dibidas teruk oleh pemimpin DAP dan PKR sejak kebelakangan ini kerana bersungguh-sungguh mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.--AIDC
1 comment:
HOORAY!!!
MELAYU BERSATU, DAP DAN ANJING2 JADI KELAM KABUT.
Post a Comment