Semua akhbar Cina tempatan, 26 MAC 2014, menyiarkan laporan penuh di muka depan masing-masing berhubung tindakan keluarga penumpang rakyat China dlm pesawat MH370, telah berhimpun di luar bangunan kedutaan Malaysia di Beijing untuk mengadakan bantahan menuntut kebenaran dan penjelasan dari Kerajaan Malaysia.
Mereka juga menuduh Kerajaan Malaysia berbohong dlm keseluruhan episod misteri kehilangan pesawat MH470.
Kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan Kerajaan Malaysia berbohong pada kami dan desak Malaysia kembalikan ahli keluarga mereka.
Mereka juga mempamirkan kain rentang yg antara lain menyebut " MAS hutang kami satu penjelasan, " " MH370 Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" " 1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu" " Salah seorang anggota keluarga penumpang membacakan kenyataan mengutuk Kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana terus menerus melengah-lengahkan dan menyembunyikan kebenaran.
Berdasarkan bantahan yang dibuat dan reaksi oleh kumpulan keluarga penumpang pesawat MH370, dipercayai mereka ini telah dihasut dan disebarkan maklumat palsu oleh golongan tidak bertanggungjawab dari Malaysia.
Golongan tidak bertanggungjawab ini dipercayai merupakan orang Cina tempatan yg benci kepada Kerajaan/ penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah menghasut dan merancuni fikiran mereka dgn berita-berita yg direka dan maklumat palsu yg sengaja di ada-adakan.
Tujuan mereka adalah untuk melihat Kerajaan yg memerintah kini ditumbangkan melalui permainan kotor mereka dalam memanipulasikan misteri kehilangan MH370.
Golongan tersebut juga sedang rancak memainkan peranan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia serta merancuni pemikiran keluarga penumpang Cina untuk mencapai agenda mereka iaitu untuk melihat Kerajaan BN jatuh.
Nampaknya, akhbar-akhbar Cina juga seiringan dgn permainan halus oleh pihak yg tidak bertanggungjawab ini dgn melaporkan secara meluas berita bantahan di kedutaan Malaysia.
Berita yg dilaporkan seolah-olah menunjukkan pihak akhbar Cina juga setuju dgn dakwaan-dakwaan palsu yg sengaja diperbesar-besarkan oleh keluarga penumpang di Beijing.
5 comments:
Bukankah tiket yang dibeli itu melalui Southern China Airlines..kenapa MAS sahaja yag dipersalah???
ini komplot sapa sebenarnya?? kapten zaharie tu pencacai sapa?? yahudi US yg dok sembunyi pesawat tu rakan karib sapa? pemimpin mana yg dok beri jaminan najib akan jatuh dalam tepoh 5 bulan tu melalui strategi apa? komplot ni kira Plan B la setelah Plan A melalui pencerobohan sulu gagal menjatuhkan Najib!..kali ni komplot kaw kaw punya.. Najib..stay strong..majority Malaysia people still support you!
seronok jika bn tumbang terutama umno.
tak lama lagi. sabar kejap. InsyAllah pasti tersungkur umno di Malaysia.
ada juga manusia menangguk di Air Keruh. disaat negara sedang berduka dengan mh370,dihentam dari berbagai tuduhan luar dan dalam.inikah dia rakyat Malaysia? tidak kira apapun perberbezaan pendapat dan politik, disaat ini kita mesti bersatu bukan menyalahkan kerajaan 100%.
ada juga manusia menangguk di Air Keruh. disaat negara sedang berduka dengan mh370,dihentam dari berbagai tuduhan luar dan dalam.inikah dia rakyat Malaysia? tidak kira apapun perberbezaan pendapat dan politik, disaat ini kita mesti bersatu bukan menyalahkan kerajaan 100%.
Post a Comment