Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, March 02, 2014

LIM KIT SIANG SABOTAJ ANWAR IBRAHIM DALAM PKR KAJANG


Kenyataan  penasihat DAP, Lim Kit Siang  yang  musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri  seolah-olah mahu “check mate” bangsa Melayu 100%. 

Dengan ertikata lain  bahawa di dalam pakatan pembangkang tidak ada sesiapa yang lebih layak  untuk meneraju mereka melainkan DAP.

Tambahan pula  Menteri Besar Selangor,  Khalid Ibrahim juga bersetuju dengan kenyataan  Lim Kit Siang  tersebut memandangkan beliau telah dan sedang menerima tekanan hebat dari dalam PKR untuk  memuaskan “nafsu politik”  pemimpin PKR yang rakus mengejar kuasa dan pangkat. 

“Pemberontakan terbuka” yang  berlaku di dalam PKR menyebabkan rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban  yang sia-sia dengan menanggung kos PRK Kajang dengan menggunakan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Ironinya  Khalid  turut mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini. Pengakuan beliau sebenarnya amat bertentangan dengan hukum alam.  Sepatutnya bagi parti politik yang berusia setahun jagung dan belum lagi menunjukkan sebarang kejayaan yang cukup membanggakan maka konflik dalaman perebutan kuasa merupakan sesuatu yang amat tidak sihat.

Apabila sebuah parti politik itu mengalami fasa kestabilan  yang bermakna misi dan tujuan utama telah terlaksana maka perebutan jawatan selepas itu barulah merupakan perkara biasa. Dengan erti kata lain pergolakkan yang berlaku dalam PKR dalam keadaan mereka belum mencapai kononnya matlamat  utama menunjukkan sesungguhnya parti itu tidak ada sebarang matlamat kukuh yang mendatangkan faedah kepada rakyat melainkan kepentingan peribadi sahaja.

Mungkin juga  sebenarnya perancangan sabotaj di dalam pakatan ini telah lama berjalan. Mungkin DAP telah lama  menjalankan peranan bagi menurunkan populariti anwar dalam pakatan malahan red bean dap seolah-olah sudah mula memperlekeh kedudukan anwar dengan menonjolkan kelebihan serta pujian keatas pentadbiran DAP. Maka dengan itu Lim Guan Eng  bakal  dilihat sebagai  tokoh paling popular dan di sanjungi dalam pakatan bukan lagi anwar.

Selain dari perebutan kuasa sebagai Menteri Besar , konflik dalaman PKR makin hangat dengan pengumuman  Khalid untuk bertanding   jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang. Peringatan dari Lim Kit Siang berkenaan konflik dalaman PKR lebih menjurus kepada  propaganda “hidden agenda”.

Kononnya “Kemenangan ‘simple majority’ pakatan di Kajang adalah kekalahan.  Dalam erti kata lain sekiranya Anwar menang tipis maka maruah Anwar betul-betul tercemar yang bakal membuktikan rakyat menolak PKR dan Anwar Ibrahim dan yang lebih penting kononnya rakyat menolak bangsa Melayu dan lebih memilih Cina sebagai pemimpin. 

Itu antara kemungkinan kesimpulan apabila Lim Kit Siang  cuba menekankan perlunya kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya kononnya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sedangkan hakikatnya  pembangkang baru kalah menakluki Putrajaya dalam PRU13 yang baru lepas.

Walaupun begitu pembangkang secara tidak langsung mengakui  betapa bertuahnya Malaysia kerana politik kita yang lebih matang  tidak mengheret  negara  seperti Thailand, Eropah Timur atau Mesir. Ini sebenarnya merupakan pengiktirafan pembangkang terhadap kebijaksanaan  dan keberkesan pentadbiran Barisan Nasional yang berjaya mengekang dan menangkis agenda jahat yang berterusan dari pembangkang.  

Oleh itu demi menjamin kesejahteraan negara dan rakyat maka sama-sama kita pastikan Barisan Nasional terus meneraju Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

DIA NAK ANWAR KALAH, MCA MENANG KOT !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa