Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 25, 2014

SELANGOR KEMARAU KERANA SOKONG PELIWAT!!!


Menteri Besar Selangor telah membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan mula membuat catuan bekalan air di seluruh negeri. Kaedah yang digunakan adalah dua hari dapat air, dua hari dipotong bekalan. Walaupun ada beberapa bahagian di Negeri Selangor yang sudah berminggu-minggu tidak dapat air, nampaknya masalah bekalan air hanya mulai diperkatakan apabila melanda rumah Menteri Besar.

catu

Tentu kita semua masih ingat bagaimana BESARNYA CAKAP Pakatan Rakyat apabila diberitahu bahawa paras bekalan air mentah di Selangor dan Lembah Kelang sedang menurun dengan pantas dan tidak mungkin melebihi mampu memenuhi permintaan domestik menjelang tahun 2014.

Itu cerita 4 tahun lalu. Lebih tepat lagi pada 20 Julai 2010 apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menyatakan Loji Air Langat II tidak diperlukan kerana bekalan air mentah di Selangor lebih daripada mencukupi. Dan lebih menarik lagi ialah apabila Dr. Halimah Ali, salah seorang Exco Selangor menyatakan bahawa air banjir di Selangor sahaja sudah mencukupi untuk diproses, dibersihkan dan disalurkan kepada pengguna.

air1
Nah, empat tahun selepas bercakap besar, masalah mulai melanda. Pada ketika negeri-negeri lain semuanya sudah bersiap-sedia, Selangor kelihatan sangat kelam-kabut. Negeri Sembilan yang dikatakan sedang mengalami krisis bekalan air mentah, rupa-rupanya sudah bersedia dengan pelan kontigensi yang lebih efisien. Melaka juga telah bersedia untuk berhadapan dengan kekurangan bekalan air mentah. Begitu juga dengan Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak serta Johor. Semua negeri sudah bersedia. Manakala di Pulau Pinang pula, Kerajaan Negerinya yang dipimpin oleh Lim Guan Eng membuat pengumuman dua hari lepas, bekalan air di negeri tersebut mampu bertahan sehingga ke penghujung April.

Selangor terkapai-kapai. Air banjir, air longkang, air lombong, air limbah dan segala air yang lain, nampaknya hilang begitu sahaja. Exco yang pandai bercakap seperti Jeyakumar, Elizabeth Wong dan Halimah Ali, juga nampaknya tidak lagi bersuara kali ini. Sebaliknya Menteri Besar terpaksa membuat pengumuman Selangor akan memulakan catuan bekalan air yang sudah tentu akan melibatkan keseluruhan Lembah Kelang yang merupakan pusat domestik utama negara.

Isu krisis bekalan air di Selangor telah lama diperkatakan. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat terus bermain politik dengan menyalahkan SYABAS yang kononnya tidak cekap dan membiarkan air membazir tanpa mengambil kira bekalan air mentah di Selangor yang jelas terlalu berkurang.

Projek Loji Air Langat II ditentang habis-habisan sehinggakan Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur semata-mata untuk menegakkan benang basah kononnya krisis bekalan air hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO-BN semata-mata.

Nampaknya Allah Taala pun menyebelahi UMNO-BN dan berkonspirasi hendak memburuk-burukkan Pakatan Rakyat apabila mengirimkan angin kering, kepanasan dan haba yang membuatkan bekalan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air sehinggakan Selangor menjadi negeri terulung dalam pencatuan air kepada pengguna… kalau itulah yang difahamkan oleh para pencacai Pakatan Rakyat tentang konsep Konspirasi dan Fitnah yang seringkali mereka gembar-gemburkan!

Galak sangat dengan politik sehingga akhirnya mengorbankan rakyat sendiri, Pakatan Rakyat nampaknya masih tidak serik-serik untuk terus mempolitikkan keperluan asasi manusia dan hidupan ini. Projek Langat II sekiranya disiapkan, sudah tentulah akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Selangor. Malangnya, para pemimpin Pakatan Rakyat yang tamak haloba dan cuba mencari kekayaan peribadi menerusi projek tersebut, bercakaran sesama sendiri selepas Kerajaan Persekutuan memberikan ‘kebebasan’ kepada mereka asalkan projek tersebut berjalan lancar.

Kita tunggu sahalah apa pecacai Pakatan Rakyat nak temberangkan lagi. Barangkali mereka akan kembali menyatakan bahawa air longkang, air lombong, air najis, air laut dan air kolam di seluruh Selangor boleh diproses untuk bekalan air bersih kepada penduduk dan industri di Lembah Kelang seperti yang mereka lakukan pada tahun 2010.

2 comments:

Anonymous said...

yg bodo ialah rakyat selangor yg undi PR dulu.....inilah hasil yg korang dapat.....

Anonymous said...

Kacang yg kau beli..monyet yg kau dapat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa