Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, February 25, 2014

PM JANGAN BERI MCA JAWATAN MENTERI KALAU KALAH DI KAJANG!!!


Semalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA meluluskan resolusi untuk parti itu kembali menerima jawatan dalam kabinet. Bagi saya, EGM yang diadakan itu bukan lagi "luar biasa" kerana MCA berulang kali mengadakan EGM semata-mata nak putuskan sama nak ambil jawatan dalam kabinet ataupun tidak selepas prestasi buruk mereka dalam PRU13 lalu.

Sebelum PRU13, sebagai pertaruhan untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada mereka, MCA berjanji tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet andainya gagal mempertahankan prestasi mereka dalam PRU12. Dalam PRU12, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan malangnya dalam PRU13 mereka hanya mampu memenangi 7 kerusi.

Presiden MCA ketika itu, Dr Chua Soi Lek bertegas untuk menolak sebarang jawatan kabinet demi untuk memegang janji mereka. Namun mungkin kerana terasa "bahang" beberapa bulan tiada kedudukan dalam kerajaan, MCA mengadakan EGM untuk menerima semula jawatan kabinet.

Perwakilan MCA yang ketika itu di bawah pimpinan Chua Soi Lek, kekal dengan pendirian untuk menolak usul menerima jawatan kabinet dalam EGM Oktober tahun lalu. Semalam, baru empat bulan selepas menolak jawatan dalam EGM, lain ceritanya apabila perwakilan di bawah Liow Tiong Lai menerima usul untuk kembali ke kabinet dengan undi yang besar.

Saya melihat, desakan untuk MCA kembali ke dalam kabinet didorong oleh golongan kapitalis yang berasa "tidak selesa" apabila tiada wakil mereka dalam kerajaan. Tiada wakil bermakna sukar untuk mendapat sokongan projek. 

Saya berpendirian PM selaku ketua kerajaan dan ketua BN wajar melihat keputusan PRK Kajang sebagai kata pemutus untuk memberikan jawatan kabinet kepada MCA ataupun tidak. Walaupun sebelum ini PM sendiri mempelawa MCA menyertai kabinet namun parti berkenaan perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa sokongan masyarakat Cina telah kembali kepada mereka.

PM perlu berani untuk mengambil ketetapan baru bahawa jawatan kabinet hanya akan diberikan sekiranya BN yakni MCA menang di Kajang. Ketetapan ini perlu dibuat agar ia menjadi ingatan kepada setiap parti komponen untuk bekerja lebih kuat dalam memenangi hati pengundi.

2 comments:

Anonymous said...

Tolong sebarkan kepada ahli dan penyokong PAS berita sama RM2.0 juta PKR keatas Haji Hadi. Ini merupakan peras ugut ke atas PAS untuk memastikan PAS bantu, sokong dan undi kemenangan Anuar di PRK Kajang. Ini lah taktik kotor lagi jijik Anuar. Adakah PAS akan BERTERUSAN begini, menjadi keldai dibodoh2kan oleh orang dan anjing2 Anuar? Tahu ke tidak yang video seks Mustapha pun kerja orang Anuar untuk mengugut pemimpin PAS.....Ini lah sebenarnya ciri jahat Anuar yang di sendiri belajar dari CIA dan Yahudi. Sampai bila PAS? Semasa Anuar dalam UMNO sebagai Menteri Kewangan nyaris-nyaris Negara kita di JUAL kepada Bank Dunia. Ingat tak dalam tahun 1997-78?

Anonymous said...

itu lah makan nya puak munafik oleh puak sodomer bayar cash olehNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa