Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, January 09, 2014

TENTERA KAFIR SUDAH MULA MENGGANAS:TENTERA ISLAM APA CERITA???

Oleh Zul Rawi

Belum pun isu mengenai kalimah Allah reda, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan yang boleh mencetus masalah ketenteraman awam dan kemarahan masyarakat biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.

Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi, yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.

Ini kerana, menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian. Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian, yang dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant Jesus’.

Paling menarik perhatian, apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN.


Menurut sejarah, sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka. Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.

Namun selari dengan peredaran masa, semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam erti kata mudah, sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.

Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara, semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan.

Maka persoalan yang timbul ialah, mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu? Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan, menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?

Kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’ merasa tidak selesa dan kurang senang.

Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible?

Masalahnya bukan sama ada ada atau tiadanya tulisan jawi di papan tanda tersebut. Yang menjadi kemarahan rakyat ialah sikap bongkak pertubuhan kristian.

Justeru, pihak berkuasa perlu bertindak segera membendung perbahasan dan perdebatan antara agama ini agar tidak melarat kepada kekacauan dan ketidakstabilan negara seperti yang telah banyak berlaku di negara-negara lain.

1 comment:

Anonymous said...

Tulisan jawi adalah tulisan awal persuratan melayu.. ia tidak ada kaitan dengan agama ...menghapus tulisan jawi adalah seumpama menghapuskan tulisan cina dan india di khalayak ramai...JIKA TULISAN JAWI INI DIHAPUSKAN MAKA SUDAH SAMPAI MASA UMMAT MELAYU BERSATU UNTUK MENGHAPUSKAN TERUS TULISAN CINA DAN AKHBAR BERBAHASA CINA DARI BUMI MALAYSIA INI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa