Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 20, 2013

SYUKUR ALHAMDULILAH:AKHIRNYA PAS SUDAH KETAHUAN...


Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.

Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang ‘marah’ dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai ‘kafir harbi’.

Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah.

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahaluf siyasi’. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.

Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.

Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.

milosuam

Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.

Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.

Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.

Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa