Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 20, 2012

MEMANG HARAM SOKONG DAP YANG HARAMJADAH!!!

Kerana pulut santan binasa . . . .

Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin  atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati. Dalam konteks terdapat mereka yang menghina agama dan Rasullullah, beliau menegaskan bahawa umat lslam tidak boleh membiarkan Nabi Muhammad SAW ataupun agama Islam dihina.

Bahkan kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria  haram hukumnya bagi umat Islam yang  mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu.

Beliau ditanya oleh media mengenai tweet Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham yang telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini.
 
Umat Islam katanya, sebaliknya harus mengundi wakil rakyat yang boleh menolong mereka , yang boleh membangunkan dan menjaga keselamatan negara.
 
``Kita mengundi wakil rakyat yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan negara kita, yang boleh memajukan dan menjaga keselamatan negara kita.
 
``Kalau kita mengundi orang yang akan merosakkan negara kita yang akan hanya membuat permusuhan itu haram kita buat, maknanya kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan,'' katanya.

Mufti Perak seterusnya berkata orang Islam tidak boleh bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam.

Katanya, tindakan yang dibuat oleh tokoh Dap itu itu sebagai satu tindakan yang tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.
 
``Cuba kalau  agamanya kena sendiri  yang kena,  saya ingat lebih dari itu..dia akan mengamuk lebih teruk,'' katanya.
 
Beliau juga menjelaskan dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang  tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.
 
``Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,'' katanya.
 
Sehubungan dengan itu beliau menasihati  pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan terhadap nabi dan agama Islam.

``Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,'' katanya.
 
Menurut Harussani, ini  disebabkan kerana wujud satu kebencian didalam diri mereka terhadap kerajaan yang ada.

``Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk men jatuhkan kerajaan.

`` Kita orang Islam wajib bersatu,  walau dalam apapun keadaan yang kita hadapi kita mesti  bersatu, kita berbeza pendapat itu masalah lain tapi masalah beza pendapat itu memang perangai manusia ..kalau manusia ta ada beza pendapat maka tidak akan ada  kemajuan.
 
``Kemajuan disebabkan ada perbezaan , ada bangkangan barulah orang berfikir sama ada baik atau tidak baik.

``Jadi perbezaan pendapat tidak boleh menjadikan kita berputus arang apa tah lagi kita telah dipersaudarakan dengan kalimah syahadah  dan Rasul pernah berkata orang yang memutuskan hubungan sesama Islam tidak akan masuk syurga jadi apa yang kita nak cari,'' katanya.
 
Beliau juga berpendapat bahawa tindakan undang-undang wajar diambil ke atas sesiapa sahaja yang menghina nabi dan agama Islam kerana terdapat peruntukan undang-undang bagi kesalahan itu. 
 
``Setiap undang-undang yang dibuat mestilah kita hormati undang-undang itu dan apabila undang-undang kita sendiri tidak dihormati maka terjadilah kacau – bilau,'' ujarnya.-19/9/2012 OLEH YUSOF HARUN


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa