Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.
Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.
“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.
Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.
"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.
"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.
Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.
Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.
P/S: MARI KITA DOAKAN BELIAU SEGERA SEMBUH DAN DILINDUNGI ALLAH.
JPX
4 comments:
TAKUT BUAT BY-PASS KAT MALAYSIA... BIAR MATI DITANGAN SIKAFIR, ASALKAN TIDAK MATI DITANGAN SESAMA ISLAM... DOKTOR PAKAR DI MALAYSIA SEMUANYA PRO UMNO.....
Malu ah...dong... diMalaysia jual ayaq jampi.... suruh orang minum ayaq liur dia... tapi dia sendiri merawat di AS ..apa Jin Melayu tak pandai rawat penyakit dia ka....Allah SWT adalah penyembuh sebenar.....
Malu dong ah... DiMalaysia klu orang sakit kasi minum ayaq liur dia...tapi sendiri mintak tolong kafiaq US ...apa jin dia tak boleh rawat ke...Hanya Allah SWT penyembuh sebenar ke.....
Malu dong ah... DiMalaysia klu orang sakit kasi minum ayaq liur dia...tapi sendiri mintak tolong kafiaq US ...apa jin dia tak boleh rawat ke...Hanya Allah SWT penyembuh sebenar ke.....
Post a Comment