Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, October 24, 2011

TERIKINI: LIM GUAN ENG PINJAM DUIT ALONG RM 30 JUTA


 
 
Sebentar tadi di Nibong Tebal, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Bin Osman telah mengadakan sidang akhbar untuk menyaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng diatas tohmahan liar beliau ke atas UMNO dengan menuduh sebagai penganjur demo haram di Pulau Pinang dan memfitnah UMNO sebagai dalang didalam insiden pejabat DAP dibakar di Georgetown.

UMNO Pulau Pinang sebelum ini telah memberikan ruang yang secukupnya untuk beliau menarik balik tohmahan dan tuduhan liarnya terhadap UMNO Pulau Pinang, namun beliau secara angkuh dan sombong telah menolak permintaan UMNO P.Pinang malah telah mencabar UMNO P.Pinang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Guan Eng sebanyak RM30 Juta telah dihantar melalui peguam Jahaberdeen & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Turut disaman ialah Akhbar Suara Keadilan pemfitnah, Editor dan penulis artikel terbabit.

Dalam kes salahlaku pencabulan seks yang didakwa dilakukan oleh anaknya yang disiarkan oleh rakan-rakan blogger, tuduhan Guan Eng menuduh UMNO dan parti komponen BN lain sebagai dalang yang menyebarkan tuduhan ini amatlah dikesal.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa