Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 01, 2010

NIK AZIZ BAKAL DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN???


1. Nik Aziz dan kaum kerabat kaki jual balak kini tak senang duduk apabila Akta Perhutanan Negara 1984 akan dipinda.

2. Kadar penalti dan hukuman penjara dinaikan dari RM 500,000 ke RM 1 juta dan penjara 5 tahun. Jika disabit kesalahan Nik Aziz Kaki Balak mungkin akan menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara.

3. Sebelum teriman hukum akhirat, Nik Aziz perlu terima hukum dunia kerana berlaku zalim kepada rakyat Kelantan.

JPX

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kadar penalti dan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram akan ditingkatkan kepada RM1 juta dan penjara tidak kurang daripada lima tahun apabila pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 dilaksanakan kelak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan akta itu sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Mesyuarat (Majlis Tanah Negara) telah bersetuju untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perhutanan dalam membanteras pembalakan haram dan kesalahan hutan.

"Jabatan Peguam Negara akan mengkaji jumlah denda minimum sebelum rang undang-undang itu dibentangkan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-66 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Berdasarkan peruntukan asal, denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah mengambil hasil utama hutan. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa