1. Ucapan Presiden PKR tentang hajatnya untuk "membakul sampahkan" Ketuanan Melayu terus mendapat kecaman dan kemarahan rakyat. Isu sensetif ini sengaja dibangkitkan untuk mendapat simpati dan sokongan orang bukan Melayu memandangkan PKR sudah memasuki fasa terakhir mereka.
2. Bukan setakat orang kebanyakan malahan ucapan biadap Wan Azizah juga mendukacitakan Baginda Sultan Selangor. Institusi tertinggi di Malaysia dan orang Melayu menjadi bahan dagangan untuk ahli politik jahat dan kurang ajar yang gila kuasa dan lebih menyedihkan Melayu itu sendiri yang menjadi petualangnya.
3. Kongres PKR baru-baru ini juga memperlihatkan wajah sebenar pemimpin PKR. Ketuanan 3A, Anwar, Azizah, Azmin jelas kelihatan membelakangi tujuan asal parti tersebut. Keadilan dinafikan sepenuhnya. Satu Ahli, Satu Undi ternyata hanyalah bicara kosong dan perlaksanaannya ternyatalah satu mimpi ngeri.
4. Perjalanan parti yang semakin senget ini juga ini hanya berkisar sekitar 3A dan ahli keluarga sahaja. Jika sebelum ini mereka menuduh dan mengatakan UMNO/Barisan Nasional mengamalkan konsep kroni dan Nepotisme, sekarang jelas dan sudah terbukti bahawa PKR adalah pengamal tegar NEPOTISME.
5. Apa pangkat dan apa darjat Wan Azizah untuk mempersoalkan Ketuanan Melayu??? Apakah jenis ugutan yang telah diterima oleh Wan Azizah sampai dia sanggup melakukan ini kepada Ketuanan Melayu??? Apa salah Ketuanan Melayu kepada Ketuanan 3A ini???
6. YB Zulkifli Nordin ada menulis bagaimana, Anwar ini hidupnya sebenarnya adalah hasil dari kejayaan Ketuanan Melayu. Tapi kenapa hari ini 3A lantang mempersoalkan Ketuanan Melayu??? 3A ini hidup atas "ihsan" Ketuanan Melayu kini mahu menghapuskannya pula???Ternyata, 3A sudah terdesak dan tandus idea dalam mendapatkan sokongan ahli dan rakyat Malaysia.
7. Orang Melayu yang waras tentu sahaja tidak akan bersetuju jika Ketuanan Melayu ini ditinggalkan. Jika baru disebut mahu ditinggalkan sudah ramai Melayu yang bangkit menentang, bayangkan jika ianya benar berlaku. Hanya mereka yang terlalu lemah mindanya dan terlalu naif akan terus hanyut dalam lautan janji palsu 3A.
8. Terlalu panjang senarai penipuan yang telah dilakukan oleh 3A dan yang paling besar penipuan 16 September. Masih menghairankan, walaupun ditipu masih ada pengikut 3A. Apa yang pengikut 3A ini tunggu dan dapat berjuang bersama 3A? Jelas mereka yang masih bersama 3A adalah golongan mereka yang rugi.
9. Yang pasti kaum lain sedang bergendang kegembiraan apabila 3A ini mempersoalkan Ketuanan Melayu. Kaum lain sudah mula pasang angan-angan mahu menjadi tuan bila dijanjikan tempat yang setinggi Timbalan Perdana Menteri di Malaysia ini sekaligus menjadikan kaum ini lebih selesa menjalankan kerja jahat mereka di bumi berdaulat ini.
10. Ternyata, kelakuan 3A langsung tidak menjamin keselamatan Agama Islam dan Orang Melayu di Malaysia. 3A wajib ditinggalkan dan mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Rakyat Raja.
11. Kepada kaum lain yang telah setuju untuk menjadi Rakyat Raja juga wajib bercermin diri, duduk sejenak mengenang asal usul dan bagaimana kaum mereka boleh hidup mewah dan sejahtera di bumi orang.
JPX
No comments:
Post a Comment