1. Menteri Besar Selangor yang paling dungu dalam sejarah peradaban manusia, Khalid Ibrahim sekali lagi membuat kejutan. Kali ini seperti "membogelkan" diri sendiri, dia memohon agar Raja Melayu perlu awas dengan ancaman Si Kitol.
2. Si Kitol, satu nama Melayu yang sangat sama dengan perangai dan watak yang sedang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sekarang. Kerjasama yang utuh Anwar dengan Yahudi, contohnya George Soros dalam usaha menjahanamkan ekonomi negara satu masa dahulu adalah contoh utama Si Kitol Moden.
3. Jika, Khalid Ibrahim bercerita tentang Si Kitol, ini juga boleh merujuk kepada dirinya sendiri. Isu Pasir, Isu Air, Isu Eli Wong, Isu PKNS, Isu UiTM dan pelbagai lagi masalah yang ditimbulkan oleh dia semua yang menjadi mangsa orang Melayu.
4. Sebelum ini kita mungkin tidak mendengar Raja Melayu melahirkan kemurkaan mahupun berdukacita dengan cara kepimpinan dan pemimpin Barisan Nasional. Tapi jika diperhatikan, sejak tertubuh PKR dan Pakatan Rakyat, Sultan dan Raja-Raja Melayu sering murka dan berdukacita kerana kepimpinan Pakatan Rakyat, seperti di Selangor dalam isu PKNS adalah menggambarkan perbuatan Si Kitol. Wang rakyat dan hasil negeri dibelanjakan sesuka hati hingga Baginda Sultan Selangor sendiri tidak mahu mencemar duli kerana pembaziran yang tinggi.
5. Jadi jika Khalid Ibrahim berbicara tentang Si Kitol, bolehlah dianggap dia berbicara tentang Anwar Ibrahim dan dirinya sahaja.
JPX
No comments:
Post a Comment