Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 23, 2017

KISAH ADUN DAP KOMUNIS YANG BOLO!!!


Sekali lagi dan untuk sekian kalinya, DAP Melaka memalukan diri sendiri. ADUN DAP Ayer Keroh,  Khoo Poay Tiong secara melulu dan jelas berniat jahat melemparkan tuduhan palsu ke atas Kerajaan Negeri Melaka berkaitan program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2017 (PTIWRBNM 2017) yang kini sedang berlangsung di Melaka.

Ketua Menteri Melaka dengan jelas telah menerangkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka hanya membelanjakan wang untuk jamuan makan malam program tersebut sahaja. Ini adalah budaya di Melaka yang sentiasa meletakan hospitaliti tetamu yang datang ke Melaka sebagai keutamaan.

Segala perbelanjaan program ini adalah tanggungan BAKTI dan tidak langsung melibatkan wang Kerajaan Negeri Melaka. 

ADUN DAP Komunis ini sengaja melemparkan tuduhan jahat ini bagi memburukkan imej Kerajaan Negeri. Tetapi dalam masa yang sama, perbuatan ADUN ini jelas membuktikan dia adalah seorang yang kurang bijak dan dalam kata erti lain adalah bodoh!

Maka rugilah warga Ayer Keroh yang telah memilih dia sebagai wakil rakyat mereka. Sepanjang hampir lima tahun dia menjadi ADUN, tiada apa-apa jasa kepada warga Ayer Keroh apatah lagi kepada negeri ini. 

Wakil rakyat parti cauvinis ini lebih banyak bermain politik hinggakan ADUN DAP Melaka sendiri sudah hilang kepercayaan kepada parti itu hingga ada yang sudah bertindak meninggalkan parti dan menjadi ADUN Bebas sekarang.

Kita harap ADUN DAP Melaka boleh jadi lebih bijak dan buat "home-work" sebelum bercakap tentang sesuatu perkara. Janganlah cakap ikut sedap mulut dan akhirnya memperlihatkan kebodohan diri sendiri.

Kepada pengundi Negeri Melaka, janganlah bazirkan undi anda untuk DAP Komunis ini. Takde apa-apa pun kebaikan yang dibawa oleh mereka malahan hanyalah keburukkan semata. Rugi bagi mereka undi dan kita juga adalah dari kalangan mereka yang kurang bijak apabila memilih wakil rakyat yang sebegini.


Monday, November 20, 2017

STEADY CHIEF:KJ SELAR PM SINGAPORK!!!


Kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mendakwa niat sebenar tuntutan Malaysia terhadap semakan keputusan ke atas Pulau Batu Puteh adalah kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab yang hanya boleh merosakkan hubungan baik Malaysia dengan Singapura.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Singapura itu kerana memperlekeh permohonan Malaysia untuk semakan keputusan terhadap tuntutan tersebut.

Saturday, October 15, 2016

BUAT MALU NEGERI MELAKA:RAFIQ MAMAK KENCING MEDIA!!!

BERITA RAFIQ KENCING MEDIA >>>DI SINI<<<
BUDAK RAFIQ NI AKHIRNYA "TUMBUH TELUR" BILA UMUM KELUAR UMNO PETANG TADI. SEPERTI YANG DIJANGKA, DIA AKAN GUNA MEDIA UNTUK TUNJUK GEMPAK. WALAUPUN TAK BERAPA KERAT KONONNYA AHLI UMNO YANG IKUT DIA, TAPI PUBLISITI MESTI MAHU BEST. HABIS LOKOS KENA KENCING RAKAN MEDIA YANG HADIR YANG TERDAHULU DIMAKLUMKAN OLEH BUDAK RAFIQ INI BAHAWA  BEGITU RAMAI YANG AKAN KELUAR UMNO BERSAMA DIA PADA HARI INI. KALAU TENGOK GAMBAR, 40 ORANG PUN TAK SAMPAI. 

RAFIQ NI BARU 2,3 HARI MAIN POLITIK. DIA JENIS YANG GELOJOH DAN BUDAK YANG TAK RETI SABAR. KELEBIHAN DIA KENAL ORANG ATAS DAN ADA BANYAK DUIT. DULU BILA DIA DAPAT RASA DSU IDRIS HARON AKAN JADI KETUA MENTERI MELAKA, DIA CEPAT-CEPAT TUKAR KEAHLIAN DARI UMNO BAHAGIAN KOTA MELAKA KEPADA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU.

SEMUA SEBAB DIA RASA DIA PANDAI MAIN POLITIK. TAPI ORANG BUKAN BODOH MACAM DIA, JADI BANYAK HAJAT DIA DALAM POLITIK DI MELAKA TAK KESAMPAIAN. DALAM BELIA PULAK, DIA SANGGUP KELUAR DUIT UNTUK TUBUH PERSATUAN BELIA DIA SENDIRI SEBAB DIA KEMARUK NAK JADI PENGERUSI.

DIA MENANG JADI EXCO PEMUDA PUN SEBAB KITA DI MELAKA TAKDE WAKIL LAIN KECUALI DIA, SO KITA BAGI JUGA UNDI PADA DIA. MASA DIA JADI EXCO PUN BUKAN LER BAIK SANGAT KERJA DIA. SKANDAL BAG SEKOLAH DIA JER, HABIS SATU MELAKA PUNYA PEMUDA LOKOS KENA KENCING.  TAKDE SATU BENDA BAIK YANG DIA BAWA KE MELAKA SEPANJANG DIA JADI EXCO KECUALI SIAPA YANG NASIB BAIK DAPAT KURMA SEKOTAK MASA BULAN PUASA.

KALAU DAH NAMA BUDAK, MESTI ILMU DAN AKAL BELOM BERAPA LENGKAP. KALAU TIDAK, TAK KAN DRIVER DIA SENDIRI KANTOIKAN DIA PUNYA VIDEO PUNCA DIA DIHUKUM LEMBAGA DISPLIN UMNO. PADAN MUKA KAU RAFIQ, KAU KENAKAN ORANG, ORANG DEKAT-DEKAT KAU JER MAINKAN KAU BALIK.

KALAU DAH NAMA BUDAK, BACA PUN MESTI TAK BANYAK DAN BANYAK LAGI DIA TAK TAHU. KALAU DIA LUPA ATAU TAK TAHU, UMNO INI DAH LALUI MACAM-MACAM BENDA DAN DENGAN KUASA ALLAH UMNO MASIH TUNJANG PARTI PEMERINTAH DI MALAYSIA SEHINGGA HARI INI. KAU BELON BERANAK, SILAP-SILAP MAK AYAH KAU PUN BUJANG LAGI, UMNO DAH LALUI SEMUA BENDA NI.

1951- AHLI UMNO KELUAR PART DAN TUBUH PAS

1989- AHLI UMNO KELUAR PARTI DAN TUBUH SEMANGAT 46

1999- AHLI UMNO KELUAR PARTI DAN TUBUH KEADILAN (KONONNYA)

2016- AHLI UMNO KELUAR PARTI DAN TUBUH BERSATU (KONONNYA)

HARI INI- RAFIQ DAN BEBERAPA KERAT KELUAR UMNO

UMNO DAH LALI DENGAN BENDA MACAM KAU BUAT HARI INI DAN HIKMAHNYA, UMNO JADI BERTAMBAH SUCI BILA AHLI-AHLI YANG MACAM KAU DAN BEBERAPA KERAT NI TINGGALKAN PARTI. MAHATHIR SENDIRI PUN KELUAR MASUK UMNO BERAPA KALI, ALHAMDULILAH UMNO TETAP MACAM NI JUGAK. KALAU SETAKAT TAK SAMPAI 40 ORANG, LUPAKANLAH ANGAN-ANGAN KAU TU. BAIK KAU TERUS BERNIAGA TAMBAH LAGI HARTA UNTUK KELUARGA KAU.

AKU TAK PERASAN PULAK BERAPA RAMAI ORANG MELAKA YANG IKUT DIA KELUAR TADI TAPI YANG PASTI INI ADALAH SATU KEBAIKAN BESAR PADA UMNO BILA MUSANG BERBULU AYAM YANG DURJANA BERJAYA DIKANTOIKAN DAN TIDAK BERSAMA UMNO LAGI.

INSYALLAH, UMNO AKAN TERUS KEKAL BERKUASA DAN MUNGKIN DENGAN KETIADAAN BUDAK MACAM RAFIQ NI, ALLAH TERUS PERMUDAHKAN SEGALA USAHA MURNI PARTI KERAMAT ORANG MELAYU INI. AHLI UMNO TERUSKAN KERJA KITA DAN TAK PAYAH CERITA LAGI PASAL BUDAK RAFIQ MAMAK NI. BAGUSLAH DIA BERSAMA DENGAN MAHATHIR YANG KATANYA KETURUNAN MAMAK JUGAK....KIKIKIKI.


JPX


Monday, August 15, 2016

TERKINI: CERITA AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL YANG MEMALUKAN


1. Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun. Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005.

2. Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya.

3. Persempadanan semula adalah bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya, seperti yang tertakluk dalam Perkara 113, Sek 2(i) Perlembagaan Persekutuan. Ia dijalankan tidak kurang daripada 8 tahun sejak persempadanan semula yang terakhir dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan/Per. 113/2(ii)

4. Proses ini bermula apabila SPR menerbitkan dalam Warta Kerajaan dan suratkhabar tempat-tempat di mana peta yang dicadangkan akan dipaparkan di setiap kawasan pilihan raya yang akan terkesan oleh proses persempadanan semula. 

5. Sebelum itu, SPR juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (dalam cerita ini, Ketua Menteri Melaka) tentang niat mereka untuk memulakan proses tersebut yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian 2/ 4(a).

Mohon fahamkan fakta-fakta di atas.

Shamsul Iskandar a.k.a Sam Ketot, Ahli Parlimen yang tak berapa tinggi dan panjang akalnya sekali lagi cuba jadi hero. Macam biasa, orang PKR memang suka jadi hero tapi dengan cara yang paling rendah kelasnya dan hina modus operandinya.

Dengan menggunakan perkataan kesat dan carutan yang kebanyakkan perkataan itu adalah sifat semulajadi Sam Ketot, dia mengeluarkan kenyataan mencabar Pengerusi SPR dan Ketua Menteri Melaka berkenaan berita persempadanan semula kawasan piliharaya di Melaka.

Dia menuduh SPR dan UMNO Melaka mencabul demokrasi apabila berita penambahan kerusi yang melibatkan kawasan parlimen Bukit Katil akan berlaku dalam persempadanan semula yang akan datang telah mula tersebar.

Monday, August 08, 2016

MASIH ADA LAPAN BOM TANGAN DI TANGAN PENGGANAS IS!!!


Kalau ada yang cuba nak putar kononnya isu membabitkan militan IS di negara ini satu pengalihan atau sengaja diadakan oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat sila dengar apa yang diberitahu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ini.

Katanya ia adalah ancaman sebenar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bom tangan yang dipercayai masih berada di tangan militan IS di negara ini.

Menurutnya dua daripada 10 bom itu telah digunakan dalam serangan di sebuah pusat hiburan Movida di Puchong, pada Jun lepas.

"Kita nak pastikan rakyat tidak terjejas dan terganggu dengan perbuatan mereka .

Thursday, August 04, 2016

KADIR JASIN PUN DAH SAMA NYANYUK+DUNGU MACAM MAHATHIR!!!


Mahathir, seperti biasa, tidak mendengar nasihat dan mahu ia dilakukan dengan cara beliau. Tetapi cara beliau tidak boleh dilaksanakan dan berdepan dengan bahaya kebocoran. Tetapi ia harus dilakukan dengan cara beliau atau tidak ada cara lain. Jadi Kadir tidak mempunyai pilihan selain dari mematuhi kehendak Mahathir. Kadir telah memberi amaran yang sidang akhbar itu terpaksa dibatalkan kerana serangan laporan polis Khairul.

Penyelaras media Tun Dr Mahathir Mohamad, Kadir Jasin, kecewa apabila dia telah dipanggil dungu. Ini disebabkan oleh kesilapan pada 26 Julai 2016 dengan pembatalan dua sidang akhbar yang sepatutnya diadakan “back-to-back”, satu di Malaysia pada 10 malam diikuti dengan satu lagi di Jakarta dua jam kemudian pada tengah malam waktu Malaysia.

Dalam sidang akhbar di Malaysia, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz, sepatutnya memberi reaksi berhubung pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai 2016 mengenai rampasan harta yang dirancang bernilai kira-kira AS $ 1 bilion dikatakan dimiliki oleh 1MDB.

Tiga Tan Sri merancang untuk mengadakan sidang akhbar semasa majlis makan malam perpisahan Abu Kassim. Seseorang akan merekodkan video, kemudian rakaman tersebut diedarkan kepada semua agensi media utama. Pada 11 malam, media akan menyiarkan berita ini, satu jam kemudian, Mahathir akan turut mengadakan sidang akhbar dengan media antarabangsa di Jakarta untuk bertindak balas kepada sidang akhbar tiga Tan Sri tersebut.

Ia sepatutnya berjalan seperti ketepatan tentera. 10 malam, 11 malam dan tengah malam – dan tugas dapat dilaksanakan. Tetapi ia tidak begitu mudah seperti yang difikirkan Mahathir. Beliau meminta Tun Daim Zainuddin mengendalikan perkara ini dan tidak memberitahu orang lain mengenai rancangan tersebut. Tetapi Daim tidak tahu cara untuk melaksanakan dan beliau menyerahkan tugas itu kepada Kadir, yang mempunyai lebih banyak pengalaman dalam hal-hal tersebut dan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan media.

Monday, August 01, 2016

MAHATHIR KENA SERANGAN JANTUNG!!!???


Hari ini genap satu tahun. Rabu Julai 29, 2015 sepatutnya menjadi hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi hanya dua pilihan – meletakkan jawatan atau ditahan.

Perkara ini sepatutnya berlaku semasa mesyuarat Kabinet. Peguam Negara Abdul Gani Patail akan menunggu di luar bilik bersama polis dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan memaklumkan kepada Najib dua pilihan tersebut. Najib kemudian akan ditunjukkan ‘kertas pertuduhan’ yang mereka telah sediakan dan yang sepatutnya dapat meyakinkan seluruh ahli-ahli Kabinet bahawa wujud kes terhadap Najib.

Najib, bagaimanapun, membuat pilihan ketiga yang tidak dijangka. Sebelum Muhyiddin dan Gani boleh melancarkan serangan pada 29 Julai 2015, Najib bergerak dahulu dan selesaikan mereka. Oleh itu, berakhirlah rampasan kuasa pada 29 Jul 2015 yang sepatutnya melihat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru dan Mukhriz Mahathir sebagai Timbalannya. Dan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha untuk menyokong mereka telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan bahawa kertas pertuduhan itu adalah palsu.

Tetapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC(Kempen Anti-Najib). Kekalahan pada 29 Julai, 2015 hanya halangan sementara dan bukan kegagalan bagi Mahathir. Dia telah kalah satu pertempuran tetapi beliau percaya beliau masih belum kalah perang. Jadi beliau melancarkan banyak lagi serangan termasuk undi tidak percaya di Parlimen pada bulan Oktober 2015 dan langkah yang sama pada Disember 2015 semasa Perhimpunan Agung Umno.

Walau bagaimanapun, seperti pemberontakan 29 Julai 2015 , semua gerakan lain gagal juga.

Itulah yang berlaku genap satu tahun yang lalu hari ini pada 29 Julai 2015.

Masalah dengan konspirasi ialah ahli jawatankuasa yang terbaik adalah “committee of one”. Apabila lebih daripada satu orang yang terlibat maka ia menjadi amat bahaya kerana orang suka bermegah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa mereka tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Anda juga mesti mematuhi “golden rule”: “do not count your chickens before they hatch”.

Mahathir begitu bersemangat, dan mungkin dengan sombongnya yakin yang lima hari sebelum itu, pada 24 Julai 2015, Mahathir ucapkan ‘Selamat Bersara’ Najib (BACA DI SINI). Mahathir begitu yakin bahawa Najib akan disingkirkan pada 29 Julai 2015 dan tidak ada sesuatupun yang akan dapat menyelamatkan Perdana Menteri dari nasib yang telah Mahathir rancangkan untuk beliau.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Wednesday, July 27, 2016

PILIHANRAYA MENGEJUT DI PULAU PINANG


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Rabu, 27 Julai 2016

Pilihanraya mengejut DUN Pulau Pinang

Merujuk Kepada Kenyataan Media oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR pada 26 Julai 2016

” Seperti di duga PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal dan PAN pula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’.

” Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

” Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang.

Monday, July 25, 2016

LAGI KES TERBARU CINA DAP KOMUNIS HINA ISLAM!!!




Sebelum ini Nga Kor Ming telah mempersendakan amalan sedekah yang dituntut oleh agama Islam kepada umatnya untuk menambah ibadah. Tindakan Nga Kor Ming mempersendakan amalan sedekah itu telah mendapat reaksi dari seluruh orang Islam dinegara ini kecuali penyokong DAP dan PKR berketurunan Melayu.

Nga Kor Ming dalam satu post yang disiarkan dilaman media sosial beranggapan bahawa amalan sedekah ini dilabelkan sebagai rasuah yang terangan dilakukan.  Beginilah pemimpin DAP yang sentiasa mencetuskan api perkauman diantara kaum dalam negara ini.

Baru-baru ini pula, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa