Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 12, 2015

WAJIB DIBACA OLEH ORANG UMNO!!!


SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN DAN UMNO(MELAYU) MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI.

PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG???

AS SALAM..(Durasi Bacaan 4minit 50saat)

Terlebih dahulu untuk saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada Sahabat saya Azmi Yahya dengan perbincangan tuntas sehingga membolehkan saya mula menulis artikel ini.Jazakallahu khairan jaza'.

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini.Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka. Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.


Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri, di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu2 empayar atau "Kerajaan Kaum" sedang berlaku di Malaysia.

1. FASA 1  "SEGMENTIZING THE MALAYS".

Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu. Di mana Melayu berpecah.???

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan.

Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang melayu bila orang bawahan melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki.

Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 "CREAT HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY" 

Jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka. Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)

b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.

c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri(adakah wujud golongan ini???)

3. FASA 3 " KIPNAPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS" bilamana :-

a) "Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.

b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. Terkini mereka ini telah memasuki  FASA 4 iaitu "PUBLIC ANXIETY" bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab melayu" melalui beberapa cara :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.

b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.

c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

Kesimpulannya siapakah mereka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah Malaysia.

Ahli UMNO sudah hilang keyakinan kepada setiap keputusan parti sendiri. Pemimpin saling berserangan.Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri.

Orang UMNO dah jadi pembangkang dalam parti sendiri. Institusi  kekuatan Islam Melayu di fitnah. FELDA( berlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan  peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi.

Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di Malaysia.

Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu.Siapa mereka?? Adakah pihak ini merupakan salah satu parti pembangkang dalam Malaysia?? 

Adakah mereka ini merupakan sebuah kaum yang sememangnya tidak akan berdiam diri bila melihat kekuatan Islam Melayu yang cuba diruntuhkan tetapi masih gagal???

Adakah mereka ini merupakan sebuah agama yang sememangnya telah bermusuh dengan Islam selama berkurun???

Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara.

Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti.Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti.

Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan. Satukan niat. Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu.Gadaikan amarah.

Gadaikan ego buat sementara waktu.Persetankan kepentingan peribadi...

UNTUK KITA SAMA2 MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

WASSALAM...

(Tulisan saya selepas ini akan saya cadangkan beberapa elemen penting yang harus UMNO lakukan dalam meminimumkan perdebatan terbuka isu2 dalaman parti dan memperkasakan rantaian saluran maklumat ahli terus kepada pucuk pimpinan parti melalui mekanisme yang ada di setiap Bahagian..Insyaallah)


WKI
11 Mei 2015
22 Rejab 1436H


3 comments:

Anonymous said...

Mungkin benar ,tapi kurang tepat, at the end of the day, it's all about pendidikan awal

Anonymous said...

Mungkin benar ,tapi kurang tepat, at the end of the day, it's all about pendidikan awal

kiasfansuri said...

pemerhatian tuan adalah yg terbaik. syabas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa