Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 13, 2015

NAJIB UMUM KABINET BARU SELEPAS RAYA!!!???


Bernama hari ini melaporkan Pejabat Perdana Menteri menafikan terdapat rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui akaun twitter ‘Msia PM Press Office’, berkata tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Senarai yang tersebar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kononnya tujuh menteri dan timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet.

Ia juga memaparkan senarai menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian termasuk beberapa muka baharu.

Gosip politik ini menjadi isu panas kerana terdapat pelbagai sumber menyatakan bahawa beberapa Menteri telah ditegur oleh ahli majlis Tertinggi UMNO kerana gagal menjelaskan dasar kerajaan dan cuba menjadi lebih pembangkang dari pembangkang dalam hal membabitkan kritikan Tun Mahathir ke atas Mohd Najib.


Bagaimanapun Perdana Menteri dijangka tidak melakukan sebarang rombakan kabinet sebelum hari raya ini sebagai satu langkah budiman budaya Melayu, biarpun terdapat gosip-gosip politik menyatakan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat.

Namun kita boleh menjangkakan satu rombakan kabinet besar-besaran membabitkan pemimpin kanan UMNO akan dibuat selepas hari raya Aidilfitri atau selepas pembentangan Bajet 2016, sebagai satu usaha mengukuhkan pentadbiran kerajaan yang dilihat tidak lagi bergerak sebagai satu pasukan.

Terdapat beberapa menteri akan digugurkan dan bertukar potfolio bagi mengukuhkan jentera kerajaan menjelang pilihan raya UMUM 2018.

Rombakan juga tidak mungkin dilakukan lebih awal kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka akan mengambil kira pemimpin-pemimpin akar umbi semasa jelajah rakyatnya yang dimulakan di Kota Belud, Sabah sabtu lalu.

Dalam Jelajah beliau di Kota Belud dan Tawau Sabah sabtu lalu, beliau mendapat beberapa maklum balas dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang mahukan satu rombakan kabinet dilakukan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana Menteri yang dilihat cuba melemahkan kerajaan hatta dari Sabah sendiri.

Mohd Najib dijangka mengadakan perjumpaan dengan orang ramai dan pemimpin BN Selangor dan Johor dalam masa terdekat ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa