Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 18, 2014

PKR MULIAKAN PELIWAT DAN TERUS MENERUS HINA PENGUNDI KAJANG


Kalau dengar kepada ceramah dan kempen Pakatan Rakyat, mereka sahajalah pembela rakyat. Mereka sahajalah yang menjadi juara rakyat. Mereka sahajalah yang dapat melihat kezaliman yang sedang berlaku dan mereka sahajalah yang tidak mahu rakyat Malaysia kerugian.

Apa-apa sahaja pun Pakatan Rakyat sanggup lakukan untuk rakyat. Dari demonstrasi jalanan, perdagangan agama secara murah, apatah lagi menyanggah Perlembagaan Persekutuan. Segala-galanya dilakukan atas nama rakyat. Dan yang paling menarik, sudah tentulah perjuangan menentang Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) yang cukup popular di Indonesia sehingga menumbangkan Suharto namun pengganti-penggantinya seperti Megawati dan Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur jauh lebih teruk berbanding Suharto sehinggakan Indonesia terus menjadi MELAYU SAKIT sampai sekarang.

Sedangkan sejarah sendiri sudah membuktikan bahawa kepala rasuah di Malaysia ketika berkuasa adalah Anwar Ibrahim. Terlalu banyak kaitan rasuah dengan Anwar Ibrahim terutama sekali pink-form pada zamannya yang digunakan untuk mengkayakan kroni dan kaum keluarganya. Bapanya daripada bukan sesiapa, menguasai IOI dan beberapa syarikat lain menerusi pegangan saham yang cukup besar sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Begitu juga dengan saudara-saudara lelakinya.

aziza

Anwar Ibrahim dan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme hanya berlaku selepas dia diheret ke mahkamah atas dakwaan liwat dan rasuah salahguna kuasa pada tahun 1998. Kegagalannya menggunakan PDRM sebagai instrumen untuk menghapuskan bukti dan saksi kepada tuduhan liwat yang beritanya sudah pun dikhabarkan kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir, langsung tidak diperkatakan. Sebaliknya Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang sebahagian besar daripada mereka berada dalam barisan Kerajaan dan UMNO-BN sekarang ini, lebih sibuk dengan isu-isu yang mereka sensasikan.

Pastinya ramai yang masih ingat dengan 6 KOTAK AJAIB yang sehingga kini langsung tidak diperkatakan lagi.

Di Kajang, Anwar Ibrahim mengerahkan isterinya, Wan Azizah untuk melakukan pembelaan ke atas dirinya. Wan Azizah memulakan kempennya sebagai MEMBELA KEADILAN UNTUK ANWAR IBRAHIM. Sudah tentulah keadilan yang dimaksudkan dalam kempen Wan Azizah berkisar tentang hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Perbicaraan panjang dari tahun 2008 sehingga 2012 untuk kes tersebut di Mahkamah Tinggi telah mengalami proses penangguhan hampir 70 kali. Kesemua penangguhan tersebut dibuat oleh Anwar Ibrahim. Perbelanjaan itu sahaja menelan kos yang bukan sedikit. Kemudian apabila kes itu dirayu oleh Saiful setelah Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim, sekali lagi Anwar menggunakan kaedah penangguhan untuk melewat-lewatkan perbicaraan berkenaan.

Dia berjaya membuat lima penangguhan sebelum ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa permohonan Anwar Ibrahim sudah keterlaluan dan hanya membuang masa. Dua hari mahkamah bersidang dan pada penghujung hari kedua, Anwar diputuskan bersalah.

Keputusan itulah yang dikatakan Anwar Ibrahim sebagai tidak adil dan zalim. PRK DUN Kajang yang sengaja diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya mendapatkan satu lagi penangguhan, tidak pula dikatakan zalim walaupun PRK itu sebenarnya tidak perlu. Ini adalah kerana ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR. Perletakan jawatannya kemudian mewujudkan PRK DUN Kajang. Dalam PRK DUN Kajang, pada peringkat awal Anwar yang mencalonkan dirinya. Kemudian setelah Mahkamah Rayuan memutuskan dia bersalah dan dikenakan hukuman penjara, Anwar mencalonkan isterinya pula.

Tidakkah itu sebenarnya zalim kepada para pengundi Kajang yang sekali lagi terpaksa meninggalkan kerja dan urusan mereka, semata-mata untuk membuang undi bagi memenuhi selera Anwar Ibrahim?

Bagaimana pula dengan mangsa-mangsa Anwar Ibrahim, terutama sekali Saiful? Di mana keadilan untuk Saiful? Di mana pula keadilan untuk rakyat Malaysia lain yang terus dipermain-mainkan oleh nafsu buas Anwar?

Mengapa kempen di PRK DUN Kajang hanya berkisar tentang Anwar Ibrahim? Apakah Anwar Ibrahim terlalu hebat sehinggakan perangai self-centered yang menjadi darah dagingnya, perlu dilayan oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat? Dan bukankah perangai self-centered itulah yang menimbulkan pelbagai huru-hara di negara ini termasuklah insiden terbaru, KEHILANGAN PESAWAT MH370 yang dipandu oleh juruterbang yang juga merupakan fanatiknya?

3 comments:

Anonymous said...

Cina dap...pkr....mca....gerakan...d sewaktu dgnnya mmag tau citer natang aw nie...dorang sedang menonggang arus gelombang sdap sekarang nie ....menggunakan natang aw dgan sokong melayu yg mmg me layu....utk agenda dorang mendapat kuasa....kuasa dh dapat...hehe...sumer 2 mmg arr nnti di robek2 burit dan koneknyer...celaka se celaka 2 nyer umat....puii...

Anonymous said...

Cina dap...pkr....mca....gerakan...d sewaktu dgnnya mmag tau citer natang aw nie...dorang sedang menonggang arus gelombang sdap sekarang nie ....menggunakan natang aw dgan sokong melayu yg mmg me layu....utk agenda dorang mendapat kuasa....kuasa dh dapat...hehe...sumer 2 mmg arr nnti di robek2 burit dan koneknyer...celaka se celaka 2 nyer umat....puii...

Anonymous said...

Cina dap...pkr....mca....gerakan...d sewaktu dgnnya mmag tau citer natang aw nie...dorang sedang menonggang arus gelombang sdap sekarang nie ....menggunakan natang aw dgan sokong melayu yg mmg me layu....utk agenda dorang mendapat kuasa....kuasa dh dapat...hehe...sumer 2 mmg arr nnti di robek2 burit dan koneknyer...celaka se celaka 2 nyer umat....puii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa