APA YANG AKU KONGSIKAN DI BAWAH ADALAH SATU CERITA YANG AMAT MENARIK UNTUK KITA NILAIKAN.
INILAH SENARIO SEBENAR YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA INI DI ATAS KELEMAHAN PENGUATKUASAN UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA MALAYSIA.
DI ATAS KELEMAHAN INI, UNSUR JAHAT DAN KEGIATAN KOMUNIS CINA SEMAKIN BERLELUASA. TAUKE CINA INI TERUS MENGUMPUL KEKAYAAN MELALUI KEGIATAN PERJUDIAN HARAM.
ATAS KELEMAHAN INI JUGA, SEBAB ITU TERLALU BANYAK KEDAI JUDI HARAM DI MELAKA DAN AKU YAKIN BEGITU JUGA DI NEGERI-NEGERI LAIN.
SEMOGA DENGAN PENDEDAHAN AZRI MALAY RIGHT DI BAWAH AKAN MEMBAWA KEPADA PENAMBAHBAIKAN SEKALIGUS AKAN MELUMPUHKAN TERUS OPERASI HARAM CINA KOMUNIS DI NEGARA INI!!!
JPX
Selagi ada pegawai atasan PDRM jadi barua tauke tauke Cina maka selagi itulah PDRM akan terus dihina oleh puak puak Komunis ni.
Semalam 27/03/2014, pada jam 9 malam, Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan telah tiba di Melaka bagi memantau jenayah perjudian siber yang tumbuh dengan pesat di sana.
Hasil pemantauan semalam, sebanyak 10 buah premis judi yang kelihatan. Lokasi pemantauan adalah di sekitar Pusat Bandar Melaka, Melaka Parade, Semabok, dan Bandar Hilir. Hakikatnya sudah tentu lebih banyak daripada ini.
Selepas memantau, iaitu pada jam 11.30 malam, Sanjeevan telah menghubungi Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye bagi melaporkan perkara ini. Ketua Polis Melaka berkata beliau mahu menyemak terlebih dahulu samada ada atau tidak pegawai yang bertugas pada waktu itu untuk membuat serbuan ke atas premis perjudian siber tersebut. Sanjeevan telah menghantar segala maklumat seperti alamat premis dan gambar keadaan di dalam premis kepada Ketua Polis Melaka.
Selepas itu, lebih kurang jam 1.30 pagi Sanjeevan telah berpatah kembali ke lokasi premis perjudian di hadapan Hotel Emperor Melaka, dan Sanjeevan mendapati premis judi tersebut telah ditutup. Sungguh cepat tauke judi tersebut mendapat maklumat bahawa serbuan akan dijalankan. Siapa agaknya yang membocorkan maklumat?
Kemudian dalam pukul 2.30 pagi, Sanjeevan telah ke Semabok, Melaka dan di satu bangunan kedai terdapat 2 buah premis judi lagi. Sanjevan masuk ke dalam dan memantau keadaan di situ. Selepas itu, Sanjeevan telah menghubungi pula Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman namun panggilan tidak dijawab.
Sanjeevan meneruskan pemantauan dan cuba sekali lagi menghubungi Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman pada jam 4.30 pagi. Kali ini panggilan diangkat namun Asisten Komisioner Salehhudin berkata beliau tidak mempunyai pegawai yang bertugas pada pagi tersebut untuk melakukan serbuan. Sanjeevan terus mendesak dan akhirnya Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah, DSP Gan Chee Poo bersetuju menghantar anak buahnya untuk melakukan serbuan ke atas premis judi yang dilaporkan.
Pada jam 5 pagi, 2 anggota polis akhirnya tiba dan meminta Sanjeevan menunjukkan mereka lokasi premis judi tersebut. Setibanya di luar premis judi, sewaktu Sanjeevan dan 2 anggota polis tersebut mahu melangkah naik ke tangga, polis tersebut membatalkan niat mereka mahu menyerbu atas alasan mereka bukan pegawai (cuma anggota biasa) dan diperlukan pegawai untuk melakukan serbuan. Lalu sanjeevan menghubungi IPD Bandar Hilir dan dimaklumkan ada pegawai yang bernama ASP Wan Fauzi sedang bertugas pada pagi itu. Namun ASP Wan Fauzi berkata beliau tidak boleh melakukan serbuan kerana beliau bukan pegawai yang melakukan serbuan. Sanjeevan membantah dengan berkata, “Takkan jenayah sudah terbukti depan mata, polis masih tak boleh serbu?” Inspektor tersebut mendiamkan diri tidak menjawab apa-apa.
Pada jam 7 pagi barulah pegawai serbuan D7 bernama Inspektor Khairool tiba di Semabok untuk melakukan serbuan. Daripada 2 premis judi yang Sanjeevan laporkan cuma 1 sahaja yang diserbu. Namun yang peliknya, premis berkenaan didakwa atas kesalahan tiada lesen perniagaan dan bukannya kesalahan berkaitan perjudian seperti Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953, Akta Loteri 1952, atau sebagainya. Kesalahan tiada lesen perniagaan cuma kesalahan kecil dan pemilik premis hanya perlu membayar denda sahaja untuk melepaskan diri.
Jam 8 pagi barulah Sanjeevan bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Di sini MyWatch dapati penguatkuasaan pihak berkuasa adalah amat lemah sekali, dan tidak hairanlah pusat-pusat judi tumbuh merata dengan cepat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Mengikut maklumat yang MyWatch perolehi, perjudian di Melaka dijalankan oleh 2 buah syarikat yang hanya dikenali sebagai “Syarikat 989” dan “Syarikat KK (Hijau)”. Kedua-duanya dimiliki oleh seorang tauke Cina bergelar Datuk yang berasal dari Kuala Lumpur. Manakala, individu yang ditugaskan menjaga Syarikat 989 dikenali sebagai Ah Wat, seorang lelaki Cina. Syarikat KK (Hijau) pula dijaga oleh seorang lelaki Cina yang bernama YD. Mereka berdua ini bertindak sebagai “Police Runner (PR)” . PR ini tugasnya menjamin anak buah yang ditahan polis dan juga berhubung dengan pihak polis sekiranya ada maklumat yang mahu dibocorkan oleh polis seperti serbuan ke atas pusat-pusat judi bawah jagaan mereka.
No comments:
Post a Comment