Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 19, 2014

KEPALA KOMUNIS PERLEKEH NIAT MENTERI DALAM NEGERI


MP Gelang Patah Lim Kit Siang menolak kesediaan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengadakan sesi taklimat khas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 buat Pakatan Rakyat.

Lim berkata Pakatan tidak akan membuang masa pihak yang terlibat dalam misi tersebut untuk memberikan taklimat tentang perkara yang sudah diketahui umum.

"Ia sangat tidak bertanggungjawab pada waktu yang sangat kritikal ini.

"Kenapa paksa mereka hadir ke majlis makan malam yang tidak membentangkan apa-apa perkara baru?" kata Lim sewaktu ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.



Sebaliknya, Pakatan kata Lim akan mencadangkan satu jawatankuasa khas parlimen yang akan mengkaji dan menyokong siasatan selepas misi mencari dan menyelamat yang masuk hari ke-12 hari ini berakhir.

Lim yang juga ketua parlimen DAP turut membidas taklimat semalam yang dibuat hanya untuk anggota Parlimen BN tetapi tidak diadakan di Parlimen.

"Alasan bahawa kita tidak memohon taklimat sedemikian adalah alasan yang tempang.

"Di mana perbincangan hal ehwal kerajaan mahu diadakan jika tidak bukan di Parlimen?" katanya.

Sementara itu, Pengerusi kelab penyokong kerajaan (BBC) Tan Sri Shahrir Samad dalam reaksi segeranya mempertahankan tindakan pihaknya memohon taklimat khas daripada Hishammuddin.

Walaupun taklimat itu diatur oleh Kementerian Pengangkutan, Shahrir berkata BBC sudah menyatakan hasrat mereka untuk menanggung perbelanjaan majlis semalam.

Mengulas hasrat Lim untuk mewujudkan PSC dwipartisan bagi menyiasat kehilangan MH370, Shahrir berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Apabila kerja (mencari dan menyelamat selesai), pasti ada masa untuk usul dan perbahasan. Isu ini tidak akan hilang begitu sahaja," kata Shahrir.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum sume,

Ada berita baik...kuasa penyembah Dajjal No. 1 dunia akan binasa tidak lama lagi...

1. ICBM akan meluncur dari China ke USA....confirmed.

2. ICBM akan meluncur dari
USA & territorial military ke China...juga confirmed.

3. Armada China dah dapat lesen ke Laut Hindi....dengan pengorbanan warga 150 lebih jiwa dlm MH 370

4.USA Panicked...tak berani pon.....

5. US gertak China...

6. China tibai semacam je..kata misi kita misi SUCI kemanusiaan untok cari warga yang hilang

7. Di lautan Hindi akan ada kapal perang China yang ronda2 baru la Bapak Daqjjal No. 1 dunia ada AKAI..

8. Mudah2an akan binasa lah tu....

9. Bab Orang Maldives Nampak kapal terbang rendah iras2 MAS ..

10. Depa ni Muselims.. Koran tak ajar menipu...

--kalau orang Maldives nampak kapal terbang tu tapi kata tak nampak itu maknanya TIPU.

-- kalau orang Maldives tak nampak kapal terbang MAS tu tapi kata NAMPAK maknanya sama ada Orang Maldives itu GILA atau Kapal terbang MAS tu yang GILA....

11. Ini permainan world powers...

12. Kalau ada sapa sapa yang DEFENSIVE sangat kapal tu tak da di DIEgo Garcia tu sebenarnya takut sebab bukan senang nak kata US / CIA punya kerja..Siapa berani ? Be honest please...biasa la tu...memang CIA syok buat kerja haramjadah tu..

13. Allah tak redho...bagi orang Maldives yang MUslims (tak menipu) nampak....

14. Allah tu banyak Jundullahnya dibumi ini..nyamok la, ikan nun la, entah apa lagi tak ingat la...ini pula MUslim beriman kesayangan Allah swt yang nampak..

15. Kalau di Maldives kata berita tu palsu, maknanya yang nampak tu semua GILA atau sebenarnya bermain game TAKUT kat US...

16. Sapa tak takut US mai tolong bagi tau say IC numbers dan Name...nak simpan je !

Apa pon memandangkan Tuan Guru Haron Din YANG TERSASAR perjuangan politiknya sebelum ini telah bagai sireh pulang ke gagang yakni BERKATA BENAR TENTANG KEUPAYAAN Kerajaan menangani kes ini dan beliau mohon kita bersatu ...dan berdoa mohon ditunjuk oleh Allah jua. Iaitu pengakhiran episod KHIANAT ini...

...abu ahmed & the Keeper of East Gate....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa