Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 26, 2014

HISHAMMUDIN BAGI SATU KALI SAMA MEDIA CHINA!!!


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn, yang bosan dengan sikap media China yang mempertikaikan kemampuan gerakan mencari MH370 hari ini menyindir wartawan China.

Menurut Hishammudin, Malaysia memberi respon kepada semua maklumat yang diberikan bagi mencari MH370. Ini termasuklah maklumat tidak tepat dari negara China sendiri yang menyebabkan pasukan mencari terpaksa mencari semula di Laut China Selatan walaupun telah sahkan tiada tanda sebelum ini.

He was asked by a Chinese journalist why it took so long to use the Inmarsat data which came through on March 12.

He responded by saying: “Can I also remind you that we received satellite data from China involving sightings in the South China Sea, which made us detract ourselves from the search and rescue to search areas we already searched, and it was found to be negative.”

Wartawan dari negara China sama ada tidak mengikuti dengan terperinci siasatan ini atau sekadar mahu menjadikan kerajaan Malaysia sebagai kambing hitam.

Sebenarnya, pasukan mencari telah dikerah ke Lautan Hindi sebaik menerima maklumat daripada Immarsat. Amerika Syarikat telah menggerakkan pencarian di Lautan Hindi sejak 14 Mac 2014 lagi. Justeru dakwaan pasukan mencari tidak mencari lebih awal di Lautan Hindi sangat tidak tepat. Sebaik maklumat diperolehi, Perdana Menteri mengumumkan pencarian dikecilkan kepada dua kawasan yang turut membabitkan Lautan Hindi.

Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri pada 15 Mac 2014:

Kami menjalankan operasi mencari di darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak berdasarkan maklumat yang disahkan dan kami memberi tumpuan terhadap setiap petunjuk yang boleh dipercayai.

Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami faham keperluan mendesak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak keluarga terbabit dan mereka yang memerhati di seluruh dunia. Namun demikian, tanggungjawab kami kepada penyiasatan dan keluarga terbabit adalah untuk hanya mengeluarkan maklumat yang sudah disahkan. Dan perkara yang memberi motivasi kepada kami ialah untuk mencari pesawat berkenaan.

Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara – yang identitinya tidak dapat disahkan – telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.

Berdasarkan data yang boleh dipercayai ini, yang kemudiannya disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan, kami meluaskan kawasan mencari hingga meliputi Selat Melaka dan kemudiannya Laut Andaman.Kerajaan Malaysia bukan sahaja mengkoordinasi pencari di Lautan Hindi tetapi juga di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Andaman. 

Boleh dikatakan pasukan mencari menumpukan setiap kawasan yang mampu sampai oleh MH370 sebelum mengecilkan skop ke Lautan Hindi berdasarkan pelbagai maklumat yang munasabah yang diteriam kemudiannya.

Mengesan pergerakan kapal terbang oleh satelit bukan semudah menonton televisyen. Terdapat puluhan pesawat terbang setiap masa, dan pelbagai pihak yang mempunyai kemampuan satelit pengesan perlu melakukan analisis bagi menentukan yang mana satu MH370.--MYKMU

Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam ini mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu.

Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat ‘ping’ daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.

Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat ‘jabat tangan’ (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.

Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.

Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2. – UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...

Aku tengok masa DS Hishamuddin sound kat journalist tu. Aku terkejut, Hishamuddin boleh respond macam tu- 'not his style' especially in public - PC some more. Tapi aku gembira with the respons and the changes with him, I think its about time.

Anonymous said...

Aku tengok masa DS Hishamuddin sound kat journalist tu. Aku terkejut, Hishamuddin boleh respond macam tu- 'not his style' especially in public - PC some more. Tapi aku gembira with the respons and the changes with him, I think its about time.

QalamQabut said...

Tak dapat dinafikan Hishammuddin mula naik geram dengan soalan2 negatif dari reporter. Salah dia jugak, cabang public relations tidak ada dalam komitinya. Press Conference tak dapat tepis semua pandangan, andaian maupun tuduhan yang liar. Setiap pandangan negatif ini dibiarkan merebak hingga menjadi penyakit yang tak pernah ingin diubati oleh Hishamuddin sendiri, hinggalah kelmarin, bila sudah ada press release untuk beri maklumat yang lebih tepat, lebih mendalam, lebih memberi makna dan fahaman. Dan dia juga lepaskan geramnya dengan sindiran itu.

Kenapa tiada orang2 PR (Public Relations ler... bukan Fuckatan Rakyat). Kenapa ingat kerja nak cari pesawat saja?

Lihat apa jadi bila
... isu bilangan penumpang pun tak boleh nak diperbetulkan...
... isu paspot curi dan rakyat Iran hingga timbul gambar photoshop...
... isu air turn back tak dapat dijelaskan, malah hingga timbul isu antara TUDM dengan BH...
... isu jam minit dan saat alat2 komunikasi MH370 mula membisu...
... isu buah manggis dan bateri li-ion...

Banyak lagi isu yang boleh aku senaraikan... Dan kebanyakannya boleh diperjelaskan hingga tiada lagi keraguan. Tetapi siapa yang buat? Keraguan tidak akan terpadam malah akan bertapuk2 hingga membukit, dan akhirnya keraguan, kesangsian itu akan merebak sehingga perkara yang betul dan benar pun diragui. Segala usaha dan tindakan yang dibuat selama ini pun boleh terbenam dalam kesangsian. Semua mahu dipertikai.

Aku ada baca satu artikel bertajuk MH370: I Speak Out mengenai isu radar dan sejauh mana tindakan yang diambil oleh TUDM. Kita bukan saja boleh dapat penjelasan, maklumat dan pemahaman yang baik, tetapi banyak komen di situ yang mula appreciate peranan TUDM dalam kes MH370 ini. Yang appreciate, yang sanjung, yang dapat fahami inilah yang kita mahu. Mereka inilah yang akan sokong, bantu dan doa untuk kekuatan kita dalam usaha merungkai misteri ini. Sepatutnya banyak lagi artikel seperti itu, di keluarkan secara teratur, di satu saluran (misalnya: QA MH370) tidak kita di blog, twitter, facebook atau apa saja. Perjelaskan apa yang kita buat, dan sangkal setiap tuduhan liar. Orang awam pasti tidak akan mudah terpengaruh jika ada maklumat berkaitan yang datang dari sumber rasmi.

Wujudkah PR dalam komiti Hishammuddin? Apa saluran yang digunakan untuk menyebarkan maklumat (selain PC)?

'Ini satu mala petaka yang tak pernah kita hadapi'. Begitu juga dengan Highland Towers, Tsunami 2014, banjir yang melanda setiap tahun pun bukan sama. Mungkinkah kita perlu satu demi satu mala petaka singgah di negara ini baru kita pandai buat kerja?

Crisis Management? Tak wujud dalam Malaysia?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa