Sabtu lepas aku telah join satu program Dato' Razali Ibrahim (DRI) di Muar.
Program Majlis Tahlil dan Doa Selamat serta Sambutan Awal Muharam 1435H ini adalah anjuran UMNO Bahagian Muar yang kita semua sedia maklum DRI adalah Ketua UMNO Bahagiannya yang baru.
Dalam borak-borak dengan kawan-kawan Muar, masuk pulak bab cerita pemilihan yang lalu.
Dalam pemilihan UMNO yang baru sahaja berlalu, DRI diumumkan sebagai Ketua Bahagian UMNO Muar yang baharu apabila memperoleh 366 undi, menewaskan Datuk Jalaludin Kasim yang meraih 347 undi.
Menang dengan majoriti yang kecil, DRI terpaksa kerja keras sikit untuk merasionalkan pasukan lawan yang seakan tidak boleh terima kekalahan mereka. Itu cabaran pertama DRI dapat bila jadi Ketua UMNO.
Dari cerita yang aku dengar, pasukan yang kalah ni siap ada buat piket dan sidang media menuduh kemenangan DRI ni sebagai tidak bermaruah dan tidak tidak telus.
Pasukan ini memburukkan peribadi dan menuduh DRI dengan pelbagai tuduhan palsu, untuk menjatuhkan imej beliau yang telah diangkat sebagai Ketua UMNO Bahagian Muar.
Dengar khabar pasukan yang kalah ni siap panjat Pejabat UMNO di PWTC untuk untuk hantar memorendum kepada Presiden tentang hal ini. Pergolakan politik UMNO Muar dikatakan tidak tenteram dan huru hara.
Tapi suasana pada majlis yang aku hadiri tu sangat berbeza. Kehadiran yang ramai di kalangan Ketua Cawangan dan sayap mereka serta calon Ketua UMNO Muar yang tewas, Datuk Jalaludin Kasim membuktikan cerita negetif tentang kepimpinan DRI adalah tidak benar.
Semua hadirian yang hadir mesra bergaul dan yang paling ketara mereka semua tidak sedikit pun menunjukan sebarangan reaksi negetif kepada DRI.
Senang kira, kalau kita tak suka pada seseorang tu, mana mungkin kita akan hadir ke majlis anjuran orang tersebut, ye tak???
Kalau calon ketua yang kalah pun boleh turut hadir ke majlis tersebut, apa lagi kita nak cakap. Bukankan ini bukti bahawa kiambang sudah bertaut dan apa yang berlaku sewaktu pemilihan sudah mereka lupakan.
Aku yakin dan percaya bahawa kumpulan ini, yang cuba buat huru-hara di Muar adalah mereka yang jahat dan tidak ikhlas dalam perjuangan parti. Mereka cuba ambil kesempatan dalam keadaan yang dirasakan akan memberikan mereka keuntungan.
Mereka yang lebih sudu dari kuah dan cuba melaga-lagakan antara dua pemimpin ini. Aku harap perkara ini dapat dihentikan kerana ada kerja yang lebih besar perlu dilakukan sebelum PRU 14 tiba.
Apapun, DRI memang steady. Pemimpin muda yang sebegini patut diberikan sokongan untuk memimpin negara. Kalau PM dah amik beliau sebagai Timbalan Menteri, itu sudah cukup jelas bahawa kualiti DRI sebagai pemimpin tidak perlu dipertikaikan lagi.
Selamat maju jaya kepada DRI dan UMNO Muar. Kepada yang berniat jahat kepada DRI tu, elok bawak bertaubat kerana aku yakin orang Muar boleh nilai bauk buruk.
JPX
2 comments:
sila siasat ketua pemuda muar yg baru... mana pergi duit pemuda dan kenapa beliau tidak menandatangi cek pemuda
KP MUAR BANYAK AMBIL DUIT..BELIAU TELAH DISAMAN DAN DI JATUH KAN HUKUMAM BANKRAP OLEH MAHKAMAK,,APA KEJADAH SEMUA NI..NI YANG NAK JADI PEMIMPIN.. BOLEH JALAN ..KENAPA DATO RAZALI TIDAK AMBIL APA-2 tindakan ..dan semak serta audit kan akaun pemuda muar..ADA KAH PEMUDA2 MUAR NI BODOH DN BANGANG.. KENA TIPU JE DGAN KP MUAR SEKARANG..
Post a Comment