Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 05, 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN ADA KETUA UMUM BARU!!!???




zaid-posterx

SEBELUM ini, ramai menyangka Zaid Ibrahim tidak suka diperintah, dia lebih gemar memerintah.  Sebab itulah dari UMNO dia berhijrah ke PKR, dari PKR dia menubuhkan partinya sendiri, KITA yang diambil alih dari sebuah parti kecil, AKIM.

Akronim kepada kedua-dua parti itu tidak payahlah penulis terangkan, rasanya semua boleh google sendiri.

Tapi bila Zaid meletakkan jawatan sebagai Presiden dalam parti yang dia sendiri tubuhkan, semua orang yang sebelum ini percaya Zaid melompat-lompat parti kerana tidak suka diperintah, mula bertanya balik, apa tujuan Zaid dalam politik sebenarnya?

Walaupun Zaid memberikan alasan kesihatan, tapi kita tak nampak kenapa itu boleh jadi masalah?  Parti KITA yang kita tahu bukanlah parti besar mana pun, jadi sibuk mana sangatlah untuk Zaid menguruskan parti yang tak berapa nak terurus itu?

Apatah lagi bila dikhabarkan juga Zaid mahu bertanding di Pekan dalam pilihanraya akan datang, lagilah penulis tak nampak relevannya alasan Zaid itu.  Jangan kata orang sakit jantung, orang sihat pun tak berani nak bertanding di kawasan yang menjadi kubu kuat Perdana Menteri itu.

Kita yakin bukan untuk jadi kaya sebab Zaid memang kaya dah.  Malah menurut Tun Dr. Mahathir, semasa Zaid dilantik menjadi Menteri, dia tidak usik pun gajinya sebagai Menteri.  Maklum, pembabitan Zaid dan firma guamannya dengan nama sama, sudah cukup menampung Zaid untuk beberapa keturunan akan datang.

Jadi apa sebenarnya?

Penulis yakin, pertelingkahan dengan beberapa bekas pemimpin kanan KITA sebelum ini seperti Zamil Ibrahim, telah menganggu Zaid.  Zaid juga dah rasa penangan apabila dia mencabar anak emas Anwar, Azmin Ali dalam pemilihan Nasional PKR 2010 untuk jawatan Timbalan Presiden sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya.

Jadi penulis rasa Zaid mahu menuruti jejak langkah Anwar sebagai Ketua Umum dalam PKR, Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS dan Kit siang sebagai Penasihat DAP.  Mereka semua ini berkuasa penuh dalam parti masing-masing walaupun jawatan itu secara teknikal dan rasminya, tidak demokratik!!

Alasan kepada ini ialah melihat kepada kenyataan Zaid bahawa dia masih mengawal parti itu walaupun tidak lagi bergelar presiden – yang mana kalau dicampurkan dengan alasan sakit jantung di atas tu, amatlah bertentangan antara satu sama lain.

Mungkinkah parti KITA juga akan mempunyai hieraki kepimpinan yang sama seperti parti komponen Pakatan harami yang penulis sebutkan di atas?

Atau satu kemungkinan lagi yang menjadi topik perbualan orang politik adalah kebarangkalian Zaid tidak mahu pening kepala dan membazirkan wang untuk membangunkan KITA, sebaliknya mengambil alih tampuk kepimpinan PKR dengan memanipulasi kedudukkan Azmin yang tidak sebulu dengan Wan Azizah?

Walaupun tidak mustahil, hati penulis tidak berapa nak ke arah itu sebab selagi Anwar ada, bukan mudah Zaid nak tumbangkan Azmin.

Mana-mana satu pun, nampak sangat parti-parti politik yang menjadi pencabar BN sekarang tidak stabil dari semua segi.  Orang kuat di sebalik penubuhannya (PKR & KITA) atau kelangsungannya (PAS & DAP), takut dicabar ahli sendiri sehingga mewujudkan jawatan paling berkuasa, tapi tidak demokratik dari segi prinsipnya.

Nampak gaya, BN jugalah yang stabil, maka itu, undilah BN.--MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Zaid Ibrahim ni mana tak kayo, kerajaan BN sampai sekarang masih bagi firma ZICO jadi panel terbesar untuk PTPTN dan lain lain GLC...walaupun dalam firma tu hanya ada tak sampai 30% lawyer Melayu..

senang sikit dia nak fund program hentam UMNO dan tolong printkan buku Irshad Manji tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa