Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 18, 2015

NAJIB DAN HADI MESRA:KAFIR MULA TAK SENANG DUDUK


Lebih dua jam setengah para hadirin di dewan besar Hotel Grand Season di Kuala Lumpur menumpukan perhatian ke pentas utama.

Kebanyakan mereka nampak begitu tertarik sekali melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Haji Hadi Awang duduk sebelah menyebelah di situ.

Kedua mereka kelihatan mesra semasa diatas pentas.

Ia merupakan acara kemuncak Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 selama tiga hari yang bermula Rabu dan akan berakhir esok Jumaat.

Najib diundang merasmikannya manakala Hadi menyampaikan ucaputama.

Menarik...memang menarik kerana ini kali pertama dalam tempoh agak lama kebelakangan ini Presiden UMNO dan Presiden PAS itu duduk diatas satu pentas.

Manakala tema multaqa itu yang dipelopori oleh bekas penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar,Mesir yang terkemuka itu pula spesifik berbunyi : ' Perpaduan Ummah Merentasi Ideoloji'.

Majlis itu juga dihadiri oleh kalangan pimpinan UMNO dan PAS serta ulamak serta cendikawan Islam.

Ia menjadi lebih menarik kerana baru minggu lalu semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO,Najib telah menghulurkan salam perpaduan pada PAS.

Ramai pemerhati yang menerima hakikat hajat untuk melihat perpaduan antara dua parti besar itu tidak mungkin boleh menjadi realiti dalam sekelip mata.Ia akan ambil masa dan ada ranjau politik yang perlu ditempohi.

Ucapan Perdana Menteri semasa merasmikan multaqa itu tidak lama.Cuma sekitar 25 minit sahaja.

Beliau berucap selepas Hadi menyampaikan ucaputama beliau sekitar 40 minit.

Namun tidak lama selepas memulakan ucapannya Najib secara terbuka di depan Hadi memperkuatkan 'salam silatulrahim' beliau kepada PAS.

Beliau merujuk kepada  ayat 103 surah Al-Imran dalam mkitab suci Al-Quran yang jelas  menggariskan prinsip-prinsip perpaduan.

Perdana Menteri berkata ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.

"Oleh itu, saya yang mewakili kabilah saya (UMNO) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya (PAS) , mari kita berpegang kepada pengertian ayat ini," katanya merujuk kepada perpaduan ummah.

Beliau menambah janganlah umat Islam negara ini jadi macam di negara-negara Arab (yang saling bergaduh) seperti disebut Hadi dalam ucaputamanya sebelum itu.

Kata-kata Perdana Menteri mengenai hal ini telah menarik reaksi kalangan hadirin.Kedengaran gema suara bercakap sesama sendiri dan ada yang bertepuk.

Pada ucapan itu,Najib juga menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan progam-program yang ada imput keagamaan.

Beliau juga mencadangkan agar pihak almuni Al-Azhar Malaysia meneruskan inisiatif untuk mencapai perpaduan ummah setakat multaqa ini sahaja.--AD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa