Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, November 17, 2013

ORANG MELAYU WAJIB BACA:BANGSA MELAYU BANGSA PALING KELIRU???



APA sudah jadi ni? Orang kita, Melayu terus bercelaru fikiran dalam pelbagai hal.

Oleh kerana mereka tidak hebat dalam hal-hal ekonomi, perniagaan atau hal-hal berkaitan dengan duniawi, mereka kini bercelaru pula dalam hal-hal membabitkan akhirat.

Orang kita ini mahu menjadi lebih alim daripada orang alim, mahu menjadi penghuni syurga di tahap yang paling tinggi.

Kalau tidak takkanlah mereka sanggup mewujudkan agama-agama sendiri, sehingga ada yang mahu mendakwa diri sebagai tuhan.

Yang pelik dan ajaibnya ada pula pengikut yang mahu mengikuti ajaran itu.

Harun Mat Saat, 47 tahun macam kita sahaja. Tak ada beza. Ada mata, telinga, mata, mulut, tangan dan kaki. Apabila dia mengangkat dirinya sebagai tuhan dan dikenali sebagai Tuhan Harun, maka ada orang yang mahu menjadi pengikutnya.

Apakah kira-kira 31 pengikutnya mahu mencari syurga tertinggi itu? Kesemua mereka ialah orang Melayu. Dulu kita dengar Ayah Pin, pun ada ramai pengikut juga. Rata-ratanya orang Melayu.

Maka itu, tak hairanlah jika ada orang Melayu kita yang sering tercari-cari kepuasan lain.

Bagi mereka, menjadi sebahagian daripada pengikut Ahlil Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagaimana yang kita amalkan sejak lahir, sudah tidak mencukupi. Mereka mahu lebih supaya dapat masuk ke syurga teratas.

Jika bukan soal syurga atau akhirat apa lagi yang mereka cari? Maka Syiah pula yang mereka temui.

Yang hairan mereka tidak mencari Hambali, Hanafi atau Maliki, tetapi sesuatu yang luar sama sekali dalam lingkungannya. Mereka merasakan Syiah ialah jawapannya.

Mengapa? Apakah ajaran itu mempunyai tawaran yang cukup lumayan selain untuk mencari syurga dan akhirat?

Tapi persoalan saya di sini ialah mengapa orang Melayu (dalam konteks negara ini) sahaja paling mudah terpesong dengan perkara-perkara seumpama ini?

Itu pasal soal-soal ranting dan kecil, berkenaan soal bubur asyura pun, kadang-kala diperbahaskan secara serius, seolah-olah Allah SWT tidak faham niat kita semua.

Apakah nanti masyarakat kita akan menjadi seperti di negara-negara lain. Sanggup menjadi pengebom berani mati dan meletupkan diri di dalam masjid, hanya kerana berbeza fahaman agama. Puak Syiah bom dalam masjid Sunni dan puak Sunni bom dalam masjid Syiah. Malangnya, pengebom berani mati itu yakin, atau diyakinkan oleh maulananya, bahawa apa yang dilakukannya itu adalah syahid!

Semasa saya di Mekah, saya ditunjukkan tanah perkuburan khusus untuk golongan Wahabi dan tanah perkuburan ASWJ. Saya tertanya-tanya mengapa perlu ada perbezaan?

Dalam heboh-heboh soal kecelaruan ini, seorang pegawai agama kita dibunuh kejam kerana ada kaitan dengan soal-soal yang kita bincangkan itu. Jika benar kaitan itu, maka amat malanglah sekali.

Orang Melayu kini sedang bercelaru pemikiran mereka. Dalam politik pun mereka celaru habis, dalam strata sosial pun celaru dan dalam soal agama pun kalut bercelaru.

Apakah tanda-tandanya itu?--UM 

2 comments:

maae said...

Kerana apa ye ? Mungkin Pemimpin Melayu tidak lagi bersatu hati, sentiasa besrselisih dan tidak langsung memahami aspirasi bangsa yang kini kehilangan jati diri.

Bangsa lain menghina, kita tidak mampu atau sengaja malas berbuat apa-apa. Malah beberapa nya menyokong dengan suara-suara yang sama menentang.

Anonymous said...

Apa jadi dengan orang yang mencari , As Syafiee, mencari Al Ghazali?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa