Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 15, 2010

13 MEI 1969: TARIKH HITAM YANG "WAJIB" DIINGATI


1. Tanggal tarikh 13 Mei 1969, Malaysia telah bermandi darah. Manusia yang tamak dan haloba telah menjadi punca pertumpahan darah yang amat kejam. Sejarah cuba dan dinafikan dan hak kaum ini cuba dirampas.

2. Akibat keberanian dan kelantangan kaum itu menyebabkan kaum ini bangkit dan mempertahankan hak mereka. Kaum ini yang resam mereka pantang dicabar pantas menentang kaum itu atau kaum apa sahaja yang cuba berlaku kurang ajar di tanah mereka.

3. Semenjak tarikh itu, semua kaum bersatu dan sama-sama setuju untuk membangunkan tanah bertuah ini. Persetujuan untuk akur dan berkongsi nikmat hidup menjadi teras dan panduan agar kehidupan semua kaum aman dan harmoni.

4. Cadangan menjadikan tarikh 13 Mei setiap tahun untuk diingati adalah wajar dan harus diadakan. Cadangan beberapa pihak patut disokong dan terus dilaksanakan segera oleh kerajaan.

5. Mereka yang tidak mahu tarikh ini diingati tentu sahaja ada agenda atau "ketakutan" tentang tarikh ini. Sudah pasti mereka tahu, jika tarikh ini diingati umum akan mengetahui siapa punca angkara peristiwa pada tarikh tersebut.

6. Namun pada zaman yang serba maju dan pemikiran rakyat yang sudah tinggi, ini tidak akan menjadi satu hal besar kerana rakyat sudah tidak mahu untuk perkara yang sama berulang.

7. Tapi, semua rakyat perlu tahu apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Oleh itu pelajaran Sejarah harus diajar seawal sekolah rendah dan perkara tentang 13 Mei harus dimasukan sekali dalam sukatan matapelajaran tersebut.

8. Tarikh 13 Mei harus dikenang sebagai satu tarikh peralihan di mana kejahatan dan ketamakan ditolak dan rakyat Malaysia memilih untuk hidup berkongsi segalanya, berkongsi hak dan nikmatnya.

JPX

2 comments:

Anonymous said...

Bila sebut Hitam ni ramai orang yang tak berapa minat berbanding putih. Walau pun hitam 13 Mei boleh juga dilihat dari sudut putih...fikir-fikirkan lah.

Unknown said...

mereka yang takut pasal 13 Mei adalah mereka yang bersalah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa