Hari ini genap satu tahun. Rabu Julai 29, 2015 sepatutnya menjadi hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi hanya dua pilihan – meletakkan jawatan atau ditahan.
Perkara ini sepatutnya berlaku semasa mesyuarat Kabinet. Peguam Negara Abdul Gani Patail akan menunggu di luar bilik bersama polis dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan memaklumkan kepada Najib dua pilihan tersebut. Najib kemudian akan ditunjukkan ‘kertas pertuduhan’ yang mereka telah sediakan dan yang sepatutnya dapat meyakinkan seluruh ahli-ahli Kabinet bahawa wujud kes terhadap Najib.
Najib, bagaimanapun, membuat pilihan ketiga yang tidak dijangka. Sebelum Muhyiddin dan Gani boleh melancarkan serangan pada 29 Julai 2015, Najib bergerak dahulu dan selesaikan mereka. Oleh itu, berakhirlah rampasan kuasa pada 29 Jul 2015 yang sepatutnya melihat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru dan Mukhriz Mahathir sebagai Timbalannya. Dan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha untuk menyokong mereka telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan bahawa kertas pertuduhan itu adalah palsu.
Tetapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC(Kempen Anti-Najib). Kekalahan pada 29 Julai, 2015 hanya halangan sementara dan bukan kegagalan bagi Mahathir. Dia telah kalah satu pertempuran tetapi beliau percaya beliau masih belum kalah perang. Jadi beliau melancarkan banyak lagi serangan termasuk undi tidak percaya di Parlimen pada bulan Oktober 2015 dan langkah yang sama pada Disember 2015 semasa Perhimpunan Agung Umno.
Walau bagaimanapun, seperti pemberontakan 29 Julai 2015 , semua gerakan lain gagal juga.
Itulah yang berlaku genap satu tahun yang lalu hari ini pada 29 Julai 2015.
Masalah dengan konspirasi ialah ahli jawatankuasa yang terbaik adalah “committee of one”. Apabila lebih daripada satu orang yang terlibat maka ia menjadi amat bahaya kerana orang suka bermegah dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa mereka tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Anda juga mesti mematuhi “golden rule”: “do not count your chickens before they hatch”.
Mahathir begitu bersemangat, dan mungkin dengan sombongnya yakin yang lima hari sebelum itu, pada 24 Julai 2015, Mahathir ucapkan ‘Selamat Bersara’ Najib (BACA DI SINI). Mahathir begitu yakin bahawa Najib akan disingkirkan pada 29 Julai 2015 dan tidak ada sesuatupun yang akan dapat menyelamatkan Perdana Menteri dari nasib yang telah Mahathir rancangkan untuk beliau.
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
1 comment:
madey ni dr zaman dia pecat anwar lg aku dah benci dgn dia.. skrg ni terhegeh2 pulak nak join sebelah sini... tuiii
Post a Comment