Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

GEMPAR:MB SELANGOR DILUDAH OLEH PONDAN!!!!


KIKIKI...
INI MESTI AZMIN YANG SURUH...
AZWAN CEMBURU PADA KHALID SEBAB AZMIN TAK DAPAT JADI MB...
MAIN LUDAH LUDAH PULAK...
MEMANG DASAR PONDAN SEJATI...
AZWAN TAK TAU KE...
AIR TAKDE NI SATU BALA...
KAT SELANGOR BANYAK BUAT BENDA TAK BETUL...
PONDAN PUN SEMAKIN BANYAK...
ITU BARU ALLAH SEKAT AIR SIKIT JER...
SEMOGA PONDAN-PONDAN DI SELANGOR SEGERA BERTAUBAT...
SUPAYA BEKALAN AIR KEMBALI NORMAL DI SELANGOR...
KIKIKIKI

JPX




Thursday, February 13, 2014

KHALID IBRAHIM TINGGALKAN PKR UNTUK SERTAI PAS


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa pernah dipujuk oleh beberapa pemimpin Pas untuk menyertai parti itu sekali gus keluar daripada parti yang diwakilinya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut sumber, perkara itu dikatakan pernah dibangkitkan dalam satu pertemuan di antara pemimpin tertinggi Pas dengan Abdul Khalid sebelum ini susulan daripada kemelut dalaman PKR Selangor termasuk perebutan jawatan Menteri Besar.

"Memang ada pertemuan itu sebelum ini yang membincangkan kedudukan Abdul Khalid di Selangor ekoran daripada masalah politik yang dihadapi dalam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak memberikan sebarang persetujuan mengenai perkara itu kerana dikatakan tidak mahu dianggap sebagai 'mengejar jawatan Menteri Besar' sekiranya bertindak keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Pas mahupun wakil rakyat bebas," kata sumber itu di sini baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan tidak menyatakan tarikh sebenar dan lokasi pertemuan tersebut diadakan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai pergolakan PKR di Selangor ekoran tindakan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali mengkritik pentadbiran Abdul Khalid membabitkan isu-isu tertentu termasuk pemecatan 23 kakitangan PKNS Holdings Berhad (PNHB) pada 4 Februari lalu.

Malah Azmin juga dilaporkan pada 7 Februari lalu secara terbuka mengecam tindakan pemecatan kakitangan PHSB itu selain mendakwa Abdul Khalid menggunakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

Thursday, January 23, 2014

SYABAS DAN TAHNIAH:WARGA SELANGOR DARAP MENTERI BESAR BARU



Nampaknya peluang untuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, memenuhi cita-citanya memegang tampuk pentadbiran negeri Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan “kekasih Anwar” itu bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Menurut laporan akhbar Cina, Sin Chew, MPP dikatakan telah memutuskan “rampasan kuasa” menerusi “konspirasi peringkat tertinggi secara terancang” itu di dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Anwar sendiri, baru-baru ini.

Meskipun laporan berkenaan tidak menyatakan tarikh “coup de tat politik” itu ekoran prosedur perkenan DYMM Sultan Selangor, saya yakin ada pihak yang dapat tidur dengan nyenyak, manakala satu pihak lagi mungkin tidak dapat melelapkan mata menanti detik “telur di hujung tanduk”.

Pergaduhan di antara kem Azmin dan Khalid sudah lama diperkatakan di persada politik negara. Mulanya, ia dilihat seolah-olah perang dingin dan kepimpinan parti itu pernah menafikan berlakunya pergaduhan di antara dua makhluk berkenaan. Namun “bangkai gajah” tak mungkin dapat ditutup dengan senaskhah “Selangorku”, kan?

Monday, January 13, 2014

KRISTIAN AKAN JADI AGAMA RASMI SELANGOR TIDAK LAMA LAGI...


Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah “Allah” yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu…

Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut…

Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah “Allah” tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988.

Saturday, November 16, 2013

KHALID IBRAHIM DISERANG OLEH KAWAN SENDIRI


Nor Azlina Shaari

Kepimpinan dan pentadbiran Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor hingga hari ini menerima pelbagai kritikan dan teguran dari ahli politik dalam PKR juga ahli-ahli PR di Selangor.

Kalau beberapa minggu lepas, Khalid ditegur Anwar Ibrahim secara terang-terangan tentang cara beliau mengendalikan kewangan negeri Selangor, pada bulan lalu pula, Ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan ahli Dewan Undangan Negeri yang bukan Exco yang dipimpin Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menghantar memorandum kepada Khalid mengenai pentadbiran negeri yang dikatakan lemah terutama dalam pengurusan rizab negeri.

Untuk makluman, sejak Khalid mengambil alih memerintah negeri Selangor, pelbagai memorandum sudah diserahkan kepada beliau.

Tuesday, October 22, 2013

KHALID IBRAHIM TAK LAYAN ANWAR IBRAHIM!!!


Oleh Nur Azlina Shaari

Teguran dan kritikan yang diterima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cara beliau memimpin negeri Selangor tidak membuatkan Khalid berasa susah hati walaupun kritikan itu datangnya dari Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Anwar mengkritik Khalid supaya jangan lagi berbangga dengan simpanan rizab tinggi kerajaan Negeri yang ada, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula mengambil tempat, mencurahkan lagi minyak ke dalam api apabila turut sama menegur Khalid yang dilihat tidak mahu menerima teguran Anwar.

Bagi Khalid, beliau menyatakan kritikan yang diterima dari pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak begitu penting kerana beliau lebih menitik beratkan teguran dan kritikan daripada rakyat. Umpamanya, setiap nasihat yang diterima, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Wednesday, October 17, 2012

GEMPAR:MENTERI BESAR SELANGOR MASUK HOSPITAL AKIBAT KENCING TAK LAWAS!!!???


91bbTawas01
SEBAIK mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008, PKR mewujudkan pelbagai program dan dana untuk membantu rakyat Selangor – selaras dengan janji manifesto 2008nya.

Antara yang dilaksanakan dulu ialah penubuhan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang katanya menyediakan tabung pendidikan dengan permulaan sebanyak RM 100 untuk setiap anak Selangor yang lahir bermula dari tarikh mereka memerintah pada 2008.

Sebelum ditubuhkan TAWAS, ditubuhkan dulu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai pengendali TAWAS dan selepas itu ditubuhkan Permodalan Warisan Anak Selangor (PAWAS) sebagai penerima faedah daripada program ini.

Jadi di atas kertas, nampak macam ‘real’ sangatlah program ini, nama programnya TAWAS, pengendalinya YAWAS, penerimanya PAWAS, pendek kata Was Was semua. Tambah pulak lagi dananya berjuta-juta ringgit.

Tidak hairanlah sekarang kenapa rakyat Selangor juga sudah mula WAS WAS, program ini katanya buka tabung pendidikan oleh kerajaan Selangor untuk anak kelahiran Selangor bernilai RM 100, tapi duitnya mana?  Ada kata buka akaun di Bank Rakyat, ada kata buka di AmBank, mana satu betul?

Persoalan seterusnya cukupkah wang RM 100 yang didahulukan oleh kerajaan Selangor sekarang, membiayai pendidikan budak-budak bila masa sampainya kelak?  Itu soalan kemudianlah, yang penting nak tengok duitnya dulu, akaun apa dan dimana.

Kita juga jangan sesekali lupa, dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat sedang mewar-warkan pendidikan percuma semua peringkat.  Justeru nak buat apa dengan dana pendidikan lagi?

Pendek kata, banyaklah yang bercanggah, baru bercakap tentang satu perkara ini sahaja.

Kalau nak diikutkan ruang, berpuluh lagi janji ‘tertonggeng’ Manifesto 2008 yang kita boleh jadikan isu disini.  Baru Selangor, belum Kedah, belum Pulau Pinang.

Kelantan?  Itu tak payah sebut.  Yang sengsara orang dalam, yang buat keputusan mengekalkan PAS berpuluh tahun di Kelantan, orang dari luar tapi balik sekali-sekali.  Lagipun PAS Kelantan buat janji yang semuanya tak boleh nak diukur dengan apa neraca pun dalam dunia, rohaniah, insaniyah dan apa yang nyah, nyah lagi – nak timbang macam mana tu dah laksana ke belum?

Nasib baik bukan Mak Nyah.

Kita jangan peliklah kalau masih ada orang yang percaya dengan pembohongan terbesar ini yang dibuat secara terang terangan.  Tengok kes Anwar dan 16 Sept dululah, pelik juga masih ada percaya sampai sekarang.

Inilah dia kalau dah mentaliti pembangkang tu, macam itulah, dia lebih percaya yang bohong dari yang nyata.

Tidak hairan kenapa ajaran sesat dan skim cepat kaya senang cari makan di Malaysia walaupun dah macam-macam kempen dibuat, dah memang mentaliti sebilangan kita, semua nak mudah, kaya nak mudah, masuk syurga nak mudah.

Penyudahnya kena kelentong.

Tuesday, October 09, 2012

PELAKU SEKS ITU HAMPIR JADI MENTERI BESAR SELANGOR



Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi ‘jual beli aiskrim’ di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apa paun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli ‘aiskrim’ dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

Saturday, October 06, 2012

KHALID IBRAHIM JANGAN MACAM NI...CAKAP BETUL-BETUL!!!

















SHAH ALAM 5 Okt. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak supaya tidak cuba menyembunyikan fakta berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Desakan itu dikemukakan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), antara lain turut meminta Abdul Khalid mendedahkan punca kewangan sebenar bagi pembelian bas yang sebelum ini dianggarkan berharga RM900,000.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sikap berdiam diri tentang isu tersebut seolah-olah ada sesuatu tidak kena dalam proses pembelian bas berkenaan yang menurut Abdul Khalid dibuat menerusi sewa beli selama enam bulan tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

"Namun sehingga hari ini, Abdul Khalid tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana pembelian bas mewah itu dibuat, termasuk sumber kewangan untuk membeli kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya dengan nombor pendaftaran BLU 8779.

"Apakah Abdul Khalid sengaja tidak mahu mendedahkan proses sebenar pembelian bas mewah itu, sebaliknya hanya membuat kenyataan secara umum bahawa beliau memilikinya melalui sewa beli selama enam bulan.

"Sekiranya Menteri Besar merasakan proses pembelian dan pemilikan bas mewahnya itu dibuat secara telus, beliau harus mendedahkan secara terperinci tentangnya. Sebagai Menteri Besar, sebarang tindakan yang dilakukannya tidak boleh lari dari sudut kepentingan awam di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.

Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Hamidzun turut meminta Menteri Besar supaya mendedahkan butiran terperinci pembelian bas mewah itu sama ada mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, selain jenamanya sama iaitu Dong Feng dari China, bas mewah serta kompaktor sampah tersebut turut dipasang dan diubahsuai dari sebuah kilang yang sama di Rawang.

"Jika Menteri Besar memiliki bas mewah terbabit, adakah beliau mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini. Jika tidak, Menteri Besar perlu menjelaskan syarikat mana yang menaja pembelian bas mewah itu.

"Kita difahamkan Menteri Besar tidak boleh membuat pinjaman untuk membeli bas mewah itu kerana beliau disenaraihitamkan, susulan kes pinjaman RM60 juta dengan Bank Islam yang kini dalam proses mahkamah," ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan tentang pembelian bas mewah tersebut sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).--UM

Thursday, May 10, 2012

KHALID IBRAHIM MASUK UMNO???!!!



SHAH ALAM 8 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuesday, November 01, 2011

Saturday, October 22, 2011

MENTERI BESAR SELANGOR AKAN SERTAI HIMPUN PETANG INI!!!???





Dengar-dengar cerita, Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor yang paling teruk dalam sejarah peradaban manusia dah arah pegawainya untuk tutup Stadium Shah Alam esok bagi menghalang HIMPUN dari berlangsung.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh si Khalid Gagap ni??? Kan perhimpunan tu adalah mempertahankan agama Islam. Yang sertai pun adalah orang Islam.Si Khalid pun orang Islam juga kan??? Salah ke orang Islam berkumpul secara aman untuk memperjuangkan agama mereka yang diusik oleh agama lain???

Malaysia ni agama rasminya adalah Islam. Agama lain orang Islam tak kacau pun. Tapi hari ni, agama lain dah buat kacau dengan agama Islam. Sebab tu HIMPUN ni diadakan. Sepatutnya, sebagai umat Islam Khalid Gagap perlulah sokong benda ni.

Jadi Khalid Gagap tak perlu tutup Stadium Shah Alam, malah jika bertanggungjawab ke atas agama Islam, dia perlu turut hadir dan menyertai HIMPUN ni.

Janganlah tunjuk murah sangat harga diri dan memperlekehkan Islam hanya kerana tunduk kepada arahan DAP Komunis. Janganlah tunduk dengan desakan musuh Islam dan kayu api nereka ni. Mereka semua ni tak lebih dari mereka yang kafir lagi menyesatkan.


Kenapa Khalid tidak cuba halang umat Islam dari menyertai BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga yang kita semua tahu dia adalah peguam murtadkan orang Islam???

Semoga Khalid Gagap tidak terlalu lemah untuk dipergunakan oleh musuh Islam. Mari kita sama-sama berdoa agar saudara-saudara Islam kita diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah swt.

JPX

Thursday, September 08, 2011

GEMPAR:KHALID IBRAHIM NIKAH ELI WONG DI JERMAN




Nampak sangat yang Teressa Kok tu tak layak dan tak boleh harap sebagai sorang Exco yang dipertanggung jawabkan menjaga soal pelaburan negeri. Kalau dah Menteri Besar sendiri tak percaya kemampuan Exco pelaburannya, buat apa lagi menghabiskan duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun kepada Teressa Kok?

Khalid ni pun satu.., takkan selepas tiga tahun lebih perintah negeri, baru nak sedar tentang usaha untuk promosikan pelaburan masuk ke Selangor? Selama ni Khalid dan kawan-kawan dia buat apa di Pejabat Menteri Besar? Rompak duit rakyat dengan makan gaji buta ke Khalid oii..?





TAPI KENAPA KHALID GAGAP BAWAK ELI WONG RATU BOGEL???
APA YANG BEST SANGAT ELI WONG NI??
ADAKAH KHALID DAN ELI DALAM MODE BERKASIH SAYANG???
ADAKAH KHALID DAH BERNIKAH DENGAN ELI WONG???
ADAKAH ELI WONG RELA BERBOGEL UNTUK KHALID GAGAP???

LEBIH BANYAK PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB...
PUAK PAKATAN NI TERUS CIPTA PERSOALAN...
BILA NAK SELESAIKAN MASALAH RAKYAT KALAU MASALAH SENDIRI TAK BOLEH SELESAI????

JPX





Tuesday, May 03, 2011

KHALID GAGAP KELEPET RM 600 RIBU UNTUK JAHANAMKAN MELAYU!!!



SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program penerangan dan memasang papan iklan kempen ‘Mansuhkan ISA’ di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak lama lagi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, “sebanyak RM600,000 telah diluluskan dalam sidang Dun baru-baru ini untuk tujuan ini dan kempen anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dijalankan selewat-lewatnya Jun depan.”

“Pejabat Menteri Besar akan mengadakan sesi penerangan kepada rakyat tentang betapa pentingnya akta yang zalim ini dimansuhkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai dana RM600,000 itu, Khalid berkata ia merupakan peruntukan kerajaan Negeri yang dipindahkan kepada akaun Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

“Wang itu dari kerajaan Negeri dan dipindahkan ke MBI untuk mendirikan papan iklan dengan meletakkan gambar-gambar yang sesuai bagi dipertontonkan kepada rakyat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut Khalid, antara Adun yang bertanggungjawab untuk memberi penerangan dan menjalankan kempen itu nanti ialah M Manoharan (Kota Alam Shah), Shaari Sungip (Hulu Kelang) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Mengenai dakwaan kontrak ‘alibaba’, daripada syarikat Bumiputera kepada ahli DAP yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini, Khalid berkata, “siasatan sudah selesai dan tiada bukti yang kukuh mengenai dakwaan itu.”

“Kami sudah pantau perkara ini namun demikian, terpulanglah kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Tapi kita cadang kepada mereka supaya beri kepada ‘owner operator’,” katanya.

Berhubung kes mahkamah antara Speaker Datuk Teng Chang Khim dan peguam Datuk Hafarizam Harun, beliau berkata pihaknya sedia berdepan di mahkamah nanti.

“Kes ini antara Speaker dan peguam. Semua sudah sedia untuk berhadapan dengan kes ini di mahkamah.

“Namun Badrul Hisham Abdullah (Adun Pelabuhan Klang) perlu menghadap Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Dun untuk memberi keterangan,” tegas beliau.

Semalam, Hafarizam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Sivil berhubung satu kes saman diterimanya. Beliau mengemukakan saman itu terhadap tiga pihak – Dun Selangor, Selcat dan Mohamad Yasid Bidin.

Monday, January 03, 2011

KHALID GAGAP MENGAKU DIRINYA "TUHAN"???!!!



1. Pakatan Rakyat di Selangor memang sudah melampau. Perbuatan dan tindakan dari askar kaki hinggalah membawa ke Menteri Besarnya semuanya BIADAP DAN KURANG AJAR!!!

2. Semenjak memerintah di Selangor, Pakatan Rakyat sudah merasakan diri mereka seperti tuhan. Maka mereka pun berlagaklah seperti tuhan seperti Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

3. Bila sudah rasa diri seperti tuhan, maka Tuhan yang sebenar pun diendahkan. Bagi yang mengaku bertuhankan Allah, rumahNya boleh diguna kongsi oleh kafir untuk menjahanamkan sesama saudara.

4. Lebih mengerikan, kalimah Allah juga boleh dikongsi atas semangat Pakatan yang tinggi. Semuanya halal dan tiada apa yang boleh menghalang Pakatan yang berkuasa di Selangor.

5. Jika Allah pun tidak menggentarkan Kerajaan Negeri Selangor, apatah lagi DYMM Sultan Selangor. Buktinya banyak dan yang terkini, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

6. Khalid Gagap dengan angkuh dan membabi buta persis babi yang buta mempertikaikan perlatikkan yang telahpun mendapat perkenan Baginda Sultan. 

7. Untuk memperlihatkan bahawa Pakatan itu hebat dan berkuasa, dia juga mahu diadakan Sidang Tergempar untuk merombak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi menggagalkan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru ini.

8. Pembaca nilaikan sendiri di apa tahap Islam/Melayu Khalid Gagap ini??? Jika Sultan, institusi tertinggi di kalangan umat Islam dan orang Melayu di Selangor pun sedia dicabar, inikan pula rakyat biasa. Sudah pasti menjadi santapan buasnya.

9. Sudah pasti tindakan bodoh Khalid Gagap ini adalah arahan Big Bossnya iaitu Anwar dan anak beranak Komunis DAP. Hanya kerana kuasa dia sanggup mendurhaka dan mengkhianati Agama, Bangsa dan Negaranya ini.

10. Memilih Pakatan Rakyat sudah pasti adalah satu kesilapan besar dan membenarkan mereka terus berkuasa pada masa akan datang sudah tentu membawa padah!!!

JPX

Monday, November 29, 2010

GEMPAR: KHALID IBRAHIM MENGAKU DIRINYA SI KITOL


1. Menteri Besar Selangor yang paling dungu dalam sejarah peradaban manusia, Khalid Ibrahim sekali lagi membuat kejutan. Kali ini seperti "membogelkan" diri sendiri, dia memohon agar Raja Melayu perlu awas dengan ancaman Si Kitol.

2. Si Kitol, satu nama Melayu yang sangat sama dengan perangai dan watak yang sedang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sekarang. Kerjasama yang utuh Anwar dengan Yahudi, contohnya George Soros dalam usaha menjahanamkan ekonomi negara satu masa dahulu adalah contoh utama Si Kitol Moden.

3. Jika, Khalid Ibrahim bercerita tentang Si Kitol, ini juga boleh merujuk kepada dirinya sendiri. Isu Pasir, Isu Air, Isu Eli Wong, Isu PKNS, Isu UiTM dan pelbagai lagi masalah yang ditimbulkan oleh dia semua yang menjadi mangsa orang Melayu.

4. Sebelum ini kita mungkin tidak mendengar Raja Melayu melahirkan kemurkaan mahupun berdukacita dengan cara kepimpinan dan pemimpin Barisan Nasional. Tapi jika diperhatikan, sejak tertubuh PKR dan Pakatan Rakyat, Sultan dan Raja-Raja Melayu sering murka dan berdukacita kerana kepimpinan Pakatan Rakyat, seperti di Selangor dalam isu PKNS adalah menggambarkan perbuatan Si Kitol. Wang rakyat dan hasil negeri dibelanjakan sesuka hati hingga Baginda Sultan Selangor sendiri tidak mahu mencemar duli kerana pembaziran yang tinggi.

5. Jadi jika Khalid Ibrahim berbicara tentang Si Kitol, bolehlah dianggap dia berbicara tentang Anwar Ibrahim dan dirinya sahaja.


JPX

Sunday, November 14, 2010

KHALID GAGAP "BACK-UP" KAKI KAPOOR DUIT YAYASAN SELANGOR



1. Satu lagi peristiwa dan bukti penting dalam menunjukan Khalid Gagap dan Kawan-kawannya menjahanamkan Selangor terbongkar. Allah Maha Kuasa telah menunjukan bukti yang nyata tentang kejahatan Menteri Besar Selangor ini.

2. Baru-baru ini, Yayasan Selangor telah merancang untuk mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40. Rencananya, Yayasan Selangor telah menjemput Sultan Selangor untuk turut hadir dalam majlis ini.

3. Dengan kuasa Allah, Sultan Selangor sendiri tidak mahu hadir kerana apabila Banginda mengetahui kos untuk mengadakan majlis tersebut sangat tinggi dan terlalu membazir. Baginda Sultan Selangor telah membatalkan hasrat untuk mecemar duli ke majlis tersebut. >>>BERITA PENUH DI SINI<<<

4. Bertindak dari itu, seorang lagi Menteri Besar yang sangat teruk dalam sejarah Malaysia ini, telah mengarahkan pegawai yang bertanggungjawab, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat-kuasa serta merta.

5. Yang peliknya, Mohd Sharifuldin diberikan cuti bergaji penuh!!! Amboi, sudahlah buat salah, dapat gaji pulak tu. Pelik bukan??? Adakah Khalid Gagap mahu dia merahsiakan sesuatu atau hanya sekadar buat syarat sahaja????

6. Nampaknya Kerajaan Selangor bukanlah kerajaan yang benar-benar ambil kisah hal rakyat. Mereka sibuk berfoya-foya dan hidup mewah, contoh atas wang Yayasan Selangor. Kalaupun betul mahu adakan program, tak mungkin perlu belanja tinggi RM 300 ribu??? Ini yang kita semua nampak, yang tak nampak dan yang kita tak tahu??? Namun, kejahatan pasti terbongkar dan kerajaan yang jahat dan pelahab pasti akan tumbang!!!

7. Soalnya, mengapa perlu belanja begitu banyak? Betulkah kos program itu RM 300 ribu??? Kenapa begitu tinggi??? Siapa yang cadang dan siapa yang luluskan??? Kenapa beri cuti bergaji??? Kenapa MB Selangor macam tidak tegas dalam hal ini hingga melibatkan Baginda Sultan???

8. Yayasan Selangor ditubuhkan untuk membantu dan membela nasib anak Selangor. Tapi bila Menteri Besar dan Kawan-kawannya buat sesuka hati dengan wang yang patutnya untuk rakyat, ini amatlah menyedihkan dan satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan!!!

8. Rakyat Selangor khususnya beruntung mempunyai seorang Baginda Sultan yang amat teliti dan prihatin dengan rakyatnya. DAULAT TUANKU!!!

JPX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa