Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Showing posts with label Alvin Tan. Show all posts
Showing posts with label Alvin Tan. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

MAHKAMAH MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN ALVIN TAN HINA PERDANA MENTERI???!!!


Ramai yang hairan, bagaimana Mahkamah Sesyen boleh menyerahkan pasport antarabangsa kepada Alvin Tan yang sedang berhadapan dengan pertuduhan jenayah dan menerima alasan yang dia mempunyai penggambaran dokumentari di Singapura, walaupun sebenarnya Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee tidak lagi dibenarkan memasuki Singapura kerana perlakuan lucah dan memalukan negara itu.

Lebih menghairankan lagi ialah bilamana Imigresen Malaysia tidak langsung menjangkakan Alvin Tan akan melarikan diri ke negara lain dengan menggunakan pasport Malaysia. 

Namun yang paling menghairankan ialah, walaupun kes membabitkan Alvin Tan bukanlah kes yang pertama membabitkan rakyat Malaysia (atau bekas rakyat Malaysia) melarikan diri ke luar negara dan kemudian memburuk-burukkan negara, kemudian dalam tempoh tertentu, mereka pulang semula ke negara ini dan menikmati hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah mahupun berdosa kepada rakyat Malaysia.

Salah seorang daripada mereka adalah Hishamuddin Rais.

Mempersoalkan kerakyatan seorang rakyat Malaysia adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Ia samalah seperti mempersoalkan agama seseorang di bawah akta yang sama. Namun dalam sebuah masyarakat moden yang banyak ‘berfikir’ dan ‘memberikan pendapat’ terutama di bawah hak kebebasan bersuara, pertanyaan tentang mengapa Krajaan Malaysia tidak mengambil tindakan keras terhadap rakyat Malaysia yang menderhaka kepada negara ini berupa pengguguran hak serta kerakyatan individu tersebut, sudah semakin melebar.

Antara individu yang dilucutkan kerakyatannya adalah LIM LIAN GEOK seorang guru sekolah vernakular yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, kedudukan raja-raja Melayu dan menghasut agar masyarakat Cina bangkit menggulingkan Kerajaan bagi memastikan orang Cina menjadi kaum superior di negara ini.

Friday, July 12, 2013

BERBUKA PUASA MAKAN BAK KUT TEH:TENTERA ISLAM SUDAH SEDIA!!!???


ScreenHunter_01 Jul. 12 14.48

DUA makhluk rosak otak ini, Alvin Tan dan Vivian Lee khabarnya dijadikan bahan eksperimen pihak-pihak tertentu untuk menguji sejauh mana orang Islam di Malaysia ini benar-benar mempertahankan agama tersebut.  Kebetulan, spesis ini yang macam ini memang payah nak cari, jadi kalau apa-apa berlaku, ‘kesilapan individu’ akan dijadikan alasan untuk mempertahankan mereka.

Sementara pihak yang menjadi dalang, akan bebas begitu sahaja.

Maka itu kita lihat mereka ini bebas melakukan apa sahaja termasuk merakam aksi hubungan seks sendiri atas nama kebebasan dan hak asasi manusia, sebab tahu ada pihak yang melindung di belakang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa