Secara tiba-tiba, hampir kesemua para penyokong pembangkang dan para pentaksub Tun Dr Mahathir seolah-olah mendapat perkhabaran paling menggembirakan. Semua ini kerana, Jabatan Peguam Negara Amerika didakwa bakal mengambil tindakan keatas 1MDB termasuk Datuk Seri Mohd Najib, atas tuduhan salah guna wang awam.
Reaksi mereka di laman-laman sosial samada di Facebook mahupun di Twitter menampakkan seolah-olah mereka sujud syukur berkiblatkan Amerika Syarikat dan secara tiba-kecaman mereka terhadap negara berkenaan berhubung isu Trans Pacific Partneship Agreement (TPPA) lenyap, hanya kerana apa yang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara ini.
Sebenarnya, mereka terlepas pandang atau sengaja membutakan mata mereka berhubung apa yang sedang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara Amerika ini. Bagi mereka, asalkan Amerika sudi menyiasat 1MDB itu sudah memadai untuk mereka mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dalam isu ini. Ianya seolah-olah memberi “lesen dan nyawa” besar untuk mereka menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri.
Mari kita renungkan sejenak, beberapa fakta kes yang sengaja atau memang tidak dihebahkan secara teliti oleh para pentaksub serta media seperti MalaysiaKini dan lain-lain lagi.
