Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 27, 2016

PILIHANRAYA MENGEJUT DI PULAU PINANG


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Rabu, 27 Julai 2016

Pilihanraya mengejut DUN Pulau Pinang

Merujuk Kepada Kenyataan Media oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR pada 26 Julai 2016

” Seperti di duga PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal dan PAN pula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’.

” Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

” Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang.



” Cadangan mengadakan Pilihanraya Negeri adalah satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam keadaan panik setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.

” Bersandarkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam, bermakna 10 ADUN PKR di DUN Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera DUN,PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju manakala 10 ADUN Barisan Nasional tidak menyokong cadangan tersebut.

” Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 orang ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini.

” Berdasarkan kiraan 21/40 orang ADUN tidak bersetuju dan hanya 19 orang lagi menyokong cadangan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri ; maka boleh dirumuskan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN Pulau Pinang dan sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

” Percubaan Lim Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Negeri jelas telah ditolak. Berdasarkan perkembangan terkini ini beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera.

Terima kasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa