Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, July 16, 2016

LAPORAN TERKINI RAMPASAN KUASA TENTERA DI TURKI


Laporan terbaru pada sebelah tengahari waktu Malaysia mengatakan cubaan rampasan kuasa satu kumpulan tentera yang telah mencetuskan suasana tidak menentu di Turki telah berjaya dipatahkan.

Satu kenyataan Kementerian Luar Turki kata Presiden Erdogan kekal berkuasa.

Menurutnya sebahagian besar angkatan tentera Turki tidak terlibat dalam cubaan berkenaaan yang bermula lewat Jumaat malam.

Ramai kalangan anggota tebtera yang terlibat dan cubaan itu itu telah menyerah diri atau diberkas.

Sebelum itu Presiden Erdogan terbang ke Istanbul dari tempat percutian beliau dan menyifatkan cubaan rampasan kuasa kitu satu penderhakaan.

Beliau menyeru rakyat Turki keluar menentang cubaan itu.

Ribuan rakyat Turki kelihatan keluar untuk 'gempur ' anggota tentera yang terlibat di jalanan di Istanbul.

Ada yang beraksi berdiri di depan kereta kebal dan mengambil langkah-langkah untuk membantah cubaan berkenaan.

Seramai 60 orang dilaporkan terbunuh dan beratus yang cedera dalam beberapa pertempuran kecil secara berasingan sepanjang tempoh cubaan rampasa kuasa itu.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa